Fahmi cadang Bersatu fokus perhimpunan agung, bukan ramal PRU

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Bersatu seharusnya memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu, berbanding sibuk meramal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan pilihan raya negeri.

“Nasihat saya kepada Bersatu, lebih baik fokus kepada perhimpunan agung mereka sendiri,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, politik dalaman Bersatu ketika ini lebih ketara berbanding ramalan pilihan raya, khususnya selepas tersebarnya surat layang yang menyerang kepemimpinan parti tersebut.

“Pemerhatian saya, politik dalaman Bersatu sangat meriah dan dinamik. Saya cadangkan mereka fokus kepada sebab mengapa surat layang sebegini disebarkan, kerana politik seperti ini tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memaklumkan PAT hujung minggu ini akan memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi PRU16 yang dijangka berlangsung tahun depan.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu dijadual berlangsung pada 6 dan 7 September ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, dengan penyertaan 2,555 perwakilan daripada 202 bahagian seluruh negara.

Menjelang perhimpunan itu, surat layang yang menghentam Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan tular dalam beberapa kumpulan WhatsApp berkaitan parti berkenaan.

Related Posts

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

AYER KEROH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak menjejaskan kestabilan organisasi atau perjalanan parti itu. Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM