Tak mungkin Zara terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak – Pakar Patologi

KOTA KINABALU – Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu yang dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lepas tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak.

Pakar Patalogi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara berkata, ia berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan ketinggian pagar konkrit koridor yang tidak jauh beza.

Jelasnya, pagar konkrit di asrama itu adalah lebih tinggi daripada pusat graviti Allahyarhamah Zara.

“Berdasarkan pemeriksaan lokasi di asrama, ketinggian dari lantai ke palang besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

“Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154cm,” katanya ketika membacakan keterangan bertulisnya pada prosiding inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi ialah 36cm yang mana ketinggian palang melebihi tiga perempat daripada tinggi si mati dan berada pada pusat graviti badannya yang mana pusat graviti wanita biasanya di bahagian pelvis, sedikit di bawah pusat.

“Berdasarkan ukuran ini, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri di tepi pagar konkrit,” katanya.

Sementara itu, Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara iaitu Noraidah Lamat dalam sidang media berkata, pihaknya buat masa ini tidak mahu melebihi pakar dan juga Jabatan Peguam Negera (AGC).

“Kita kena berhati-hati ini sebab takut nanti akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terhadap AGC, kepada mahkamah sebab prosiding masih berjalan.

“Ini belum selesai, separuh pun belum sampai,” ujarnya.

Prosiding inkues yang bermula Rabu akan bersambung pagi Khamis.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu