Nizam nafi tangkap layar WhatsApp, arah peguam keluar Notis Tuntutan

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menafikan sekeras-kerasnya tangkap layar WhatsApp yang tular membabitkan dirinya sekali gus mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan Notis Tuntutan (Letter Of Demand).

Notis itu dikeluarkan kepada seorang pengguna akaun Facebook dengan nama ‘Huzaifah Al-Likasi’ atau dikenali sebagai Atan (Tandiko Dalusin) yang menjadi dalang utama penyebaran fitnah tersebut.

Nizam yang juga Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Sabah berkata, fitnah jelik itu sengaja direka untuk memburukkan namanya dan mencemar imej Gagasan Rakyat.

“Berhubung perkara ini, satu laporan polis telah saya buat pada petang ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

“Fitnah ini jelas berunsur politik kotor kerana individu yang sama juga sebelum ini menularkan isu serupa terhadap ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Jelas Nizam, politik harus berlandaskan hujah, fakta dan idea, bukannya fitnah dan manipulasi kerana penyebaran fitnah itu turut berpotensi menimbulkan keresahan awam khususnya apabila melibatkan isu sensitif seperti ‘Justice For Zara’.

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa termasuk PDRM dan MCMC untuk mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang terlibat.

“Saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah menghantar mesej yang ditularkan itu. Ia adalah fitnah yang direka dengan niat jahat untuk menjatuhkan saya dan mengganggu ketenteraman awam.

“Kebenaran tetap akan mengatasi kebatilan,” tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Apas menyeru pada masyarakat agar himpunan ‘Justice For Zara’ tidak dicemari dengan ucapan atau tindakan yang melampaui batas undang-undang.

“Saya juga mengambil maklum berhubung himpunan Justice for Zara Qairina yang berlangsung di Tawau pada 31 Ogos lalu, sebagai tanda solidariti masyarakat terhadap kematian tragis adik Zara.

“Saya menghormati hak masyarakat untuk menyuarakan keprihatinan dan menuntut keadilan.

“Pihak polis telah pun bertindak berhubung insiden ucapan berunsur hasutan yang dilaporkan semasa perhimpunan tersebut dan kita menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Apa yang lebih utama sekarang adalah memastikan fokus masyarakat tidak teralih daripada matlamat sebenar iaitu mencari kebenaran, keadilan dan penyelesaian jangka panjang bagi keselamatan pelajar kita,” ujarnya.

Related Posts

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

IPOH – Seramai 239 ahli Pengakap menerima penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak dalam satu istiadat penuh gilang-gemilang yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

KUALA LUMPUR – Kejayaan mencatat rekod 8.42 juta ketibaan pelancong sepanjang 2025 membuktikan Selangor kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama negara. Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

SADA amal pendekatan VAE, pastikan projek benar-benar beri manfaat kepada masyarakat

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa

Kos sara hidup, tekanan kewangan antara cabaran utama golongan bapa