Malaysia sedia jadi rakan kongsi utama China

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menjadi rakan kongsi utama China, disokong dengan pelbagai inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara, ditambah dengan dasar jelas dan stabil, menjadikan negara ini pintu masuk terbaik ke pasaran ASEAN yang mempunyai hampir 680 juta penduduk.

“Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyeru syarikat-syarikat China yang menghadiri ‘Malaysia-China High-Level Business Dialogue’ (Dialog Perniagaan Peringkat Tinggi Malaysia-China) untuk menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.

“Saya yakin kerjasama ini akan memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia sedang meneroka pasaran baharu bagi industri semikonduktor sebagai sebahagian usaha pempelbagaian untuk menembusi pasaran baharu dan bukan tradisional.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut berkata, Malaysia berhasrat untuk belajar serta meneroka potensi kerjasama dengan rakan setaranya di China.

Related Posts

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

KUALA LUMPUR – Industri kayu terus menjadi penyumbang utama eksport negara dengan nilai RM9.4 bilion direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun 2026. Purata nilai eksport tahunan industri ini pula melebihi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

PUTRAJAYA – Belanjawan 2027 dijangka menjadi belanjawan terbesar negara dengan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan diunjur mencecah RM440.9 bilion berbanding RM421.2 bilion dalam Belanjawan 2026. Menurut MBSB Investment Bank Bhd, peningkatan perbelanjaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu