Gudang kilang di Bintawa musnah dalam kebakaran

KUCHING — Sebuah gudang di kawasan Perindustrian Bintawa, Jalan Pateri, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.40 pagi sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan bantuan BBP Padungan dan BBP Batu Lintang dikejarkan ke lokasi.

Setibanya pasukan di lokasi pada jam 5.47 pagi, gudang berkeluasan kira-kira 150 x 120 kaki persegi itu didapati sudah terbakar 100 peratus. Struktur premis jenis tidak kekal itu turut mula runtuh serta ditutupi zink, menyebabkan operasi pemadaman dijalankan secara defensive bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitar.

Komander operasi, PBK II Tahir Tuah, berkata beberapa aliran hos dibentang dengan menggunakan sumber air daripada pili bomba. Operasi turut dibantu sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk pemadaman dari bahagian atas premis.

Api berjaya dikawal sekitar jam 6.20 pagi dan operasi masih diteruskan sehingga premis benar-benar dipastikan selamat. Tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan.

Seramai 20 anggota bomba dengan kekuatan logistik empat jentera termasuk FRT, EMRS, tanker dan ALP terlibat dalam operasi tersebut. Turut hadir di lokasi ialah Timbalan Pengarah Negeri JBPM Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii bersama-sama beberapa pegawai kanan lain.

Operasi turut mendapat kerjasama daripada PDRM, APM, RELA serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng yang turun padang meninjau situasi.

Related Posts

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

SIBU – Dua lokasi tumpuan awam kini dilengkapi dengan peranti pengejut jantung luaran automatik (AED), masing-masing ditempatkan di Pasar Sementara Jalan Tiong Hua dan Pasar Sentral Sibu bagi meningkatkan kesiapsiagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

Ruang bandar sedia ada mampu hidupkan komuniti – Adam Yii

MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital

  • By Siti
  • October 7, 2026
MyGOV Malaysia: Pusat rujukan sehenti perkhidmatan kerajaan digital