Anak jati Saratok hadiahkan emas pertama acara petanque

SANTUBONG – Balingan kemas dan tepat atlet petanque Sarawak Dayang Nurulnuhaa Fasihah Abang Misbahuddin dalam acara ‘shooting’ wanita membolehkannya memahat nama dalam sejarah Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas memenangi pingat emas pertama bagi kategoti itu buat kontijen Sarawak dalam temasya sukan edisi ke-21 itu hari ini.

Atlet yang berusia 18 tahun ini merupakan anak jati Saratok dan mewakili kontinjen Sarawak dalam acara petanque ini bersama-sama abangnya, Abang Mohammad Muizzuddin Abang Misbahuddin.

Pingat emas yang diperoleh pada hari ini merupakan emas sulung kontinjen Sarawak untuk acara petanque pada temasya sukan dwitahunan berkenaan sekali gus menamatkan kemarau lapan tahun pingat emas petanque Sarawak.

Pada saingan terakhir yang berlangsung di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, Nurulnuhaa, bagaimanapun, tidak menang dengan mudah apabila mendapat tentangan yang sengit serta saling berkejaran mata dengan wakil Wilayah Persekutuan Nur Arissa Qasreena Ratinan dalam disiplin satu dan dua.

Namun, Nurulnuhaa bangkit memperkemaskan balingan pada disiplin ketiga dan kelima sekali gus berjaya menundukkan wakil Wilayah Persekutuan Nur Arissa dengan skor 29-27 dan menghadiahkan pingat emas untuk Sarawak.

“Sebenarnya kami tidak sangka dapat emas dalam acara shooting wanita sebab sasar untuk acara lain.

“Ini juga emas pertama Sarawak dalam petanque selepas edisi 2016 yang kita dapat dalam acara ‘triples’. Ini sememangnya luar daripada jangkaan kami,” kata jurulatih petanque Sarawak Mohamad Ahir Binar.

Sementara itu, dalam penentuan pingat gangsa pula menyaksikan wakil Johor, Norissyakila Mohamed Sani menewaskan atlet tuan rumah Fatin Raifana Abdul Rahman dalam skor 29-26.

Petanque merupakan sukan yang memerlukan ketepatan dan fokus yang tinggi ini menawarkan keseluruhan 13 pingat emas sepanjang tujuh hari pertandingan yang bermula semalam.

Related Posts

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick menyifatkan keputusan pengadil membenarkan gol Erling Haaland sebagai sesuatu yang ‘merisaukan’ selepas skuad 10 pemain Manchester City mengejutkan Old Trafford awal pagi tadi. Gol tunggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

PENGURUS Chelsea, Xabi Alonso berharap pasukannya mampu mempamerkan aksi ‘membosankan’ selepas kelemahan di benteng pertahanan sekali lagi menghukum The Blues apabila sekadar seri 2-2 dengan Hull City di Stamford Bridge,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0