Ribuan sertai himpunan Solidariti 2.0 ‘Justice for Zara’ di Kompleks Sukan Likas

KOTA KINABALU – Ribuan orang membanjiri kawasan parkir Kompleks Sukan Likas bagi menyertai Himpunan Solidariti 2.0 ‘Justice for Zara’ di sini, pada Ahad malam.

Ia sebagai tanda sokongan dan tuntutan keadilan atas kematian Zara Qairina Mahathir.

Himpunan berkenaan turut disertai konvoi kenderaan dan motosikal yang membawa mesej sama, iaitu mendesak keadilan serta menolak budaya buli.

Sepanjang acara, beberapa wakil masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyampaikan puisi dan ucapan yang menggesa keadilan serta memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.

Orang ramai yang hadir turut membawa pelbagai sepanduk dengan mesej seperti ‘Justice for Zara’ dan ‘Hentikan Buli’.

Selain itu, ada juga yang mengibarkan Jalur Gemilang, bendera Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak.

Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan, laungan keramat merdeka turut bergema sebanyak tujuh kali sebagai tanda merdeka tidak pernah dilupakan seluruh rakyat Malaysia.

Related Posts

Tersepit pada spring kerusi urut, kucing diselamatkan bomba

IPOH – Pepatah ‘setiap nyawa amat bernilai’ dibuktikan apabila seekor kucing yang tersepit pada bahagian spring sebuah kerusi urut berjaya diselamatkan anggota bomba dalam satu operasi khas di Taman Bougainvilla,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

SERIAN – Tragedi menyayat hati meragut nyawa lima sekeluarga, termasuk seorang bayi perempuan yang tercampak keluar dari kenderaan dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Baki Lama-Ensengei pada Rabu. Dalam kejadian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

KKM beri amaran premis kesihatan tidak berlesen, penguatkuasaan akan diperhebat

Tersepit pada spring kerusi urut, kucing diselamatkan bomba

Tersepit pada spring kerusi urut, kucing diselamatkan bomba

PRU dan PRN serentak perlu berasaskan persetujuan nasional, bukan paksaan politik – Penganalisis

PRU dan PRN serentak perlu berasaskan persetujuan nasional, bukan paksaan politik – Penganalisis

Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

Nahas ngeri: Bayi tercampak, lima sekeluarga maut

Lelaki hilang di hutan Kabong ditemukan selamat

Lelaki hilang di hutan Kabong ditemukan selamat

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai