Pas ‘stabil’ tanpa pertandingan: Demokrasi mati, pemimpin beku

PEMILIHAN Pas kali ini berakhir dengan cerita yang sama iaitu lima calon tertinggi disahkan menang tanpa bertanding.

Di mata kepimpinan, ini tanda parti stabil, tidak berpecah dan kononnya bersatu padu.

Tetapi di mata pemerhati politik, apa yang berlaku hanyalah ilusi kestabilan. Realitinya, demokrasi dalaman Pas kini semakin nazak.

Apabila semua kerusi utama dibiarkan kosong daripada cabaran, maknanya ahli tidak diberi peluang memilih.

Parti yang selama ini melaungkan moral dan integriti, kini takut untuk membuka ruang persaingan sihat.

Demokrasi hanya tinggal kosmetik iaitu cantik di luar, kosong di dalam.

Pertandingan biasanya menyuburkan idea, membuka perbahasan tentang hala tuju dan melahirkan tokoh baharu.

Tetapi bila semua menang percuma, Pas hanya mengitar semula wajah lama yang dikawal kartel tertentu.

Lebih menarik, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang gah sebagai wira di Kedah, memilih untuk tidak bertanding kerusi Naib Presiden. Mengapa?

Beliau bukan sebahagian daripada ‘Team Lebai’ yang mendominasi pusat. Jika bertanding, beliau berdepan kemungkinan ditolak oleh delegasi luar Kedah.

Lebih parah, jika tewas, imejnya sebagai tokoh pelapis akan hancur. Akhirnya, Sanusi memilih jalan selamat iaitu kekal jadi ‘singa di Kedah, tapi kucing bila tiba ke pentas pusat:.

Ketiadaan pertandingan juga mendedahkan satu hakikat pahit iaitu Pas semakin miskin dengan tokoh baharu.

Aura Hadi Awang dan kelompok ulama konservatif masih menguasai naratif.

Bagaimana dengan kepemimpinan muda?

Kemenangan Afnan Hamim sebagai Ketua Pemuda Pas sekali lagi turut mendapat perhatian penulis.

Kemenangannya membuka lembaran baharu iaitu bukan kerana kewibawaannya tetapi kerana gaya ‘mulut celupar’ beliau kini secara rasmi menjadi wajah Pemuda Pas.

Pemuda Pas hari ini lebih menghargai politik sorak-sorai daripada politik idea.

Kini kebanyakannya kian tenggelam kerana budaya wala’ yang membunuh kreativiti dan keberanian.

Hasilnya, Pas kini tampil dengan kepimpinan homogen iaitu sama gaya, sama nada, tiada kelainan.

Parti mungkin selamat daripada perpecahan dalaman, tetapi imejnya kaku, beku, dan semakin hilang daya tarikan generasi baharu.

Pas boleh mendabik dada bahawa partinya stabil. Tetapi kestabilan ini bukan kerana wibawa kepimpinan, sebaliknya kerana semua orang takut mencabar ‘status quo’.

Demokrasi ditutup rapat, perbahasan disekat dan persaingan dianggap dosa.

Dalam jangka panjang, budaya ‘menang tanpa bertanding: ini bukan tanda kekuatan, sebaliknya simptom kelemahan.

Pas tidak bergerak maju, sekadar berpusing dalam bulatan selesa iaitu stabil pada luarannya, tetapi reput di dalamnya.

Kesimpulannya pemilihan Pas kali ini bukan bukti perpaduan, tetapi cermin ketakutan.

Takut bersaing, takut kalah, takut pemimpin baru muncul.

Akhirnya Pas terpaksa melantik kepimpinan yang semakin uzur untuk diterajui.

Persoalannya sampai bila, dan seandainya bukan Pas sudah pasti riuhlah politik tanah air yang penuh dengan sindiran.

Related Posts

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

RAMAI yang menyangka perkataan ‘kebinasaan’ hanya merujuk kepada kecederaan fizikal atau malapetaka alam. Namun, hakikatnya, ancaman paling besar dan paling dekat dengan manusia hari ini adalah kebinasaan rohani akibat kelalaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis