JAINJ, polis diarah segera ambil tindakan aktiviti khurafat di Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan polis digesa mengambil tindakan segera serta menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular berkaitan aktiviti khurafat di Parit Raja, Batu Pahat, baru-baru ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan Negeri memandang serius isu berkenaan kerana akan menimbulkan keresahan masyarakat serta menjejaskan akidah umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Katanya, segala bentuk khurafat, tahyul, pemujaan salah atau ritual yang bercanggah dengan syariat Islam adalah dilarang sama sekali dan boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

“Islam adalah agama yang menyeru kepada keharmonian, kedamaian dan saling menghormati antara umat manusia. Setiap umat Islam bertanggungjawab untuk menjaga akidah yang merupakan asas utama kehidupan beragama.

“Justeru, Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, juga jelas menegaskan agar institusi agama dan pihak berkuasa memperkukuh penguatkuasaan serta pendidikan bagi melindungi umat Islam daripada ajaran sesat.

“Sehubungan itu, seluruh penghulu, ketua masyarakat, penggerak masjid dan agensi berkaitan perlu berganding bahu memastikan kegiatan menyeleweng dihentikan sepenuhnya demi memelihara keharmonian dan kedaulatan Islam di Johor.

Terdahulu, tular video berdurasi beberapa minit yang dimuat naik dalam Facebook Giustizia Spada memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul dan kelihatan melakukan ritual diiringi paluan gong dan alunan muzik.

Dalam video terbabit juga dua lelaki kelihatan seperti kerasukan dan persembahan ditonton oleh orang ramai yang memenuhi kawasan berkenaan.

Related Posts

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

PETALING JAYA – Pendirian DAP berhubung keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Negeri Sembilan perlu tegas, jangan tunduk tekanan politik – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, mengambil pendirian tegas dalam menangani polemik membabitkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong