8 pasukan berentap rebut Piala Senator sempena Hari Merdeka 2025

SANDAKAN – Sebanyak lapan pasukan di bawah seliaan Kelab Jurulatih Bola Sepak Sandakan berentap dalam Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun Sandakan Coaches bagi merebut Piala Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian sempena sambutan Hari Merdeka 2025.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian menyambut baik dan menyokong inisiatif kelab penganjur pertandingan yang berlangsung di Padang Bola Sintetik Kompleks Sukan Sandakan, di sini pada Ahad. 

“Ini yang kita harapkan terhadap belia, iaitu sihat dan cergas sambil menyemai rasa cinta kepada tanah air.

“Melalui sukan seperti bola sepak, belia juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi serta budaya persaingan yang sihat,” katanya.

Beliau turut menyokong agar program seumpama itu diteruskan pada masa depan kerana ia memberi manfaat kepada belia setempat untuk beriadah, mengembangkan bakat serta meluaskan potensi bola sepak di daerah ini.

Dalam perkembangan lain, Anna Bell berkata, kerajaan sentiasa memastikan anak muda di negeri ini mendapat akses pendidikan terbaik, termasuk melalui pelbagai bentuk bantuan pendidikan di peringkat sekolah dan pengajian tinggi.

Pada masa sama, beliau bersama pimpinan setempat turut menyatakan solidariti terhadap keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Liga yang juga Setiausaha Kelab Jurulatih Bola Sepak Sandakan, Azman Aprin berkata, lapan pasukan yang bertanding adalah dari Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Telupid.

Katanya, kejohanan itu bukan sahaja mengasah kemahiran pemain, malah menjadi wadah untuk menghayati erti perjuangan serta makna sebenar kemerdekaan.

Bagi edisi kali ini, Fox Sandakan Coaches Football Club (SCFC) dari Kinabatangan muncul juara, manakala Cheetah SCFC dari Sandakan di naib johan dan Grizzlies SCFC juga dari Sandakan di tempat ketiga.

Related Posts

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

KOTA KINABALU – Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak terpaksa mendapatkan rawatan selepas pengsan ketika menunaikan solat malam semalam akibat mengalami pening secara tiba-tiba. “Saya mengalami sakit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun