Jangan benarkan kanak-kanak 13 tahun ada TikTok, ada bekas pegawai IDF memantau

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial, khususnya TikTok.

Beliau berkata, ibu bapa tidak boleh memandang ringan pengaruh aplikasi media sosial itu kerana diibaratkan sebagai ‘racun’ yang mampu merosakkan pemikiran dan masa depan anak-anak.

“Jangan kerana apa yang didapati media sosial ada satu racun namanya algoritma, itu adalah ajinamoto dan herbs (rempah campuran).

“Perkara itu mengakibatkan generasi Alpha dan Z ketagih kepada peranti dan aplikasi seperti TikTok,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, pada Isnin.

Sementara itu, Fahmi mendedahkan pelantikan bekas anggota tentera Israel (IDF) dalam operasi perkhidmatan rangkaian media sosial milik ByteDance itu di New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai tidak boleh diterima.

Justeru katanya, bahawa beliau sendiri telah menghantar mesej kepada Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew sejurus berita mengenai pelantikan itu tersebar, bagi menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati Malaysia terhadap langkah berkenaan.

“TikTok baru-baru ini lantik bekas pegawai bekas anggota tentera Israel (IDF)  masuk ke dalam TikTok. Saya sergah CEO TikTok. Malaysia tak boleh terima ini dan alasan diberikan TikTok (tidak munasabah), ini adalah unit terpisah. Dari situ ia akan berjangkit.

“Ada pihak sedaya upaya ranapkan, hancurkan kita bina 68 tahun (Malaysia merdeka)… (itu) jangan dipandang enteng. Ibu ayah perlu fikir 68 tahun ke depan agar anak kita generasi Z dan Alpha miliki semangat utuh serta pemahaman (terhadap) masa depan (kerana) itu milik mereka.

“Namun, disebabkan algoritma dalam media sosial merobek seluruh kekuatan masa depan negara kita Malaysia,” katanya.

Portal The Jerusalem Post sebelum ini melaporkan TikTok melantik Erica Mindel, seorang bekas anggota IDF dan penyokong tegar Zionis sebagai Public Policy Manager, Hate Speech sejak Julai lalu.

Laporan itu memetik, Mindel ditugaskan merangka strategi jangka panjang dasar ucapan kebencian, memantau kandungan dalam talian serta menjadi pakar rujuk antisemitisme dalam pertemuan dalaman dan luaran.

Dilaporkan, Mindel sebelum ini bekerja dengan Jabatan Negara AS ketika pentadbiran Joe Biden serta American Jewish Committee (AJC) dalam program advokasi pro-Israel.

Perlantikan itu menimbulkan kebimbangan kerana TikTok sebelum ini dikritik gagal mengurus kandungan antisemitisme, malah dituduh membantu melonjakkan sentimen berkenaan.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM