Fahmi beri MCMC tempoh bangunkan 10 instrumen subsidiari ONSA hingga hujung tahun

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ditegur agar tidak melengah-lengahkan pelaksanaan 10 instrumen subsidiari yang diperlukan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2024.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, instrumen berkenaan seharusnya disiapkan sebelum hujung tahun ini, malah lebih awal memandangkan ONSA telah mula berkuat kuasa sejak Julai lalu.

Menurut beliau, dasar berkenaan melibatkan aspek tatacara, pentadbiran serta mekanisme klasifikasi kemudaratan dalam talian, namun tempoh yang diberikan perlu dipendekkan.

“Saya minta sebelum hujung tahun, kalau boleh lebih awal dari itu, mungkin dalam masa beberapa bulan kerana ONSA telah mula berkuat kuasa pada Julai.

“Untuk ONSA berfungsi dengan betul,  dengan baik, perlukan 10 instrumen subsidiari. Ini yang kita akan fokuskan. Paling penting kita mahukan keadaan dalam talian ini lebih selamat dan dikurangkan mudaratnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, pada Rabu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Mengulas lanjut, jenayah siber masih berleluasa ketika ini, termasuk penggunaan teknologi ‘deepfake’ yang menyalahgunakan wajah tokoh terkenal untuk tujuan penipuan.

“Sebagai contoh, wajah Profesor Jomo Kwame Sundaram (ahli ekonomi) telah disalahgunakan melalui laman sosial Facebook walaupun akaun itu tiada kaitan dengan beliau,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya instrumen subsidiari seperti Kod Keselamatan Dalam Talian diwujudkan, platform media sosial tidak boleh membenarkan kandungan berbentuk penyamaran atau ‘deepfake’ disebarkan.

Sementara itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI dalam ucapannya meluahkan kekecewaan terhadap MCMC atas kelewatan melaksana perkara itu dan berharap tindakan segera diambil.

Katanya, ini memandangkan rakyat mahu melihat kerajaan mengenakan tindakan terhadap platform media sosial yang didapati memerangkap pengguna hingga terjebak dengan penipuan jenayah siber.

“Saya telah arahkan wakil MCMC dalm uruskan instrument subsidiari akta dalam talian kerana sudah terlalu lambat. Rakyat harapkan tindakan boleh diambil sekarang terhadap platform ini.

“Saya minta pasukan undang-undang,  MCMC agar percepat proses ini sebab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said utuskan surat kepada saya supaya ONSA dapat disegerakan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching sebelum ini berkata 10 instrumen subsidiari telah dikenal pasti merangkumi peraturan kod pelaksanaan ONSA.

Katanya, dasar terbabit dijangka selesai antara suku keempat 2025 dan suku kedua 2026 bergantung kepada kerumitan dan tahap ketersediaan setiap instrumen terbabit.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM