Penduduk Kg Terintidon nikmati pelbagai manfaat di bawah PLTKK

KOTA BELUD – Penduduk Kampung Terintidon menerima kemudahan baharu yang lebih selesa apabila balai raya kampung tersebut siap dibaik pulih melalui Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti (PLTKK) anjuran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran kontraktor Bumiputera secara praktikal, malah memberi manfaat terus kepada masyarakat luar bandar.

“PLTKK memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera menjalani latihan teknikal secara langsung di tapak binaan, sambil menambah kemahiran dan memperoleh mata Continuous Contractor Development (CCD) yang diiktiraf oleh CIDB.

“Pada masa sama, penduduk kampung turut menerima manfaat apabila kemudahan awam seperti balai raya dibaik pulih dengan peruntukan RM50,000,” katanya semasa Majlis Bertemu Mesra bersama penduduk Kg Terintidon dan kontraktor Bumiputera, di sini, pada Ahad.

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk pemasangan lampu solar, pengecatan semula dinding dan tingkap, serta pembaikan kemudahan lain di balai raya berkenaan.

Menurut Ewon, sehingga 31 Julai lalu, seramai 2,622 syarikat kontraktor Bumiputera di Sabah telah berdaftar dengan PKK dan menerima Sijil Taraf Bumiputera, termasuk 1,123 kontraktor berstatus G1.

“Usaha berterusan PKK dalam memperkukuh kapasiti kontraktor Bumiputera serta merapatkan kerjasama dengan komuniti adalah bukti komitmen kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya di luar bandar,” jelasnya.

Dalam program sama, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut menganjurkan Jualan Madani Koperasi dan Usahawan (JMKU) yang menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan asas seperti beras, tepung dan minyak masak.

“Melalui JMKU, rakyat dapat menikmati harga lebih berpatutan, sekali gus meringankan kos sara hidup.

“Pada masa yang sama, ia turut membuka ruang pasaran lebih luas kepada produk usahawan dan koperasi tempatan,” katanya lagi.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menyampaikan peruntukan khas Sentuhan Kasih berjumlah RM26,000 bagi membiayai pelbagai projek kecil di kampung tersebut.

Antaranya termasuk pembinaan pondok tandas; pondok tagal; pintu masuk pagar balai raya; dapur gereja serta pembinaan titian konkrit.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah