Himpunan Solidariti Perlis For Zara Qairina mohon kerajaan bertindak tangani buli

KANGAR – Rakyat Perlis yang menyertai Himpunan Solidariti Perlis For Zara Qairina meminta kerajaan agar bertindak segera menangani isu buli di pelbagai peringkat.

Menurut wakil Kembara Kedamaian Pak Talib iaitu badan yang menganjurkan himpunan itu berkata, banteras buli adalah mesej rakyat yang ingin disampaikan kepada kerajaan khususnya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“Perhimpunan aman ini bukanlah perhimpunan atas dasar politik. Kita sudah beri peringatan jangan ada unsur politik dalam himpunan ini selain elakkan isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R).

“Himpunan ini diadakan agar isi hati rakyat yang bimbang dengan gejala buli segera ditangani kerajaan.

“Selain itu, kita juga mahu kes Zara Qairina diuruskan dengan telus dan penuh integriti tanpa melindungi mana-mana pihak,” katanya di Dataran Sena di sini malam tadi.

Rata-rata orang ramai yang berhimpun memakai pakaian serba hitam mula memenuhi kawasan himpunan seawal pukul 8 malam.

Solidariti tersebut turut menarik kehadiran penduduk sekitar sempadan Kedah-Perlis selain selatan Thailand yang memegang sepanduk ‘Hentikan Buli’ dan ‘Justice For Zara Qairina’.

Orang ramai juga turut dijemput untuk menyampaikan suara hati serta pengalaman mereka. Rata-rata menyuarakan kebimbangan mengenai isu buli institusi pendiddikan termasuk buli siber, fizikal dan lisan untuk generasi masa depan

Perhimpunan aman itu turut mendapati kehadiran pihak polis bagi mengelakkan sebarang provokasi berlaku sepanjang himpunan tersebut.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara