Veteran tentera digalak teroka HGHV fokus RMK13

TAWAU – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disaran untuk meneroka dan lebih aktif menceburi industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang menjadi fokus Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). 

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, industri berkenaan termasuklah teknologi digital, elektrik dan elektronik bernilai tinggi, pertanian serta industri asas tani moden.

“Veteran ATM mampu menjadi penyumbang kepada usaha RMK13 untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘consumption powerhouse’ yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan ‘Made by Malaysia’.

“PERHEBAT bersama Kementerian Pertahanan akan terus berusaha meneroka peluang kerjasama strategik dengan agensi kerajaan mahupun swasta demi untuk memperkasa usahawan veteran industri kecil dan sederhana serta memastikan tiada veteran ATM yang tercicir dari mendapat akses kepada skim-skim bantuan usahawan yang Kerajaan MADANI sediakan,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa menyempumakan Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) peringkat Negeri Sabah di Tawau. 

Menurut Adly, sejak program berkenaan diperkenal pada 2023, seramai 225 usahawan Veteran ATM menerima geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) berjumlah RM1.134 juta. 

Katanya, inisiatif ini antara bukti komitmen berterusan Kementerian Pertahanan melalui PERHEBAT dalam memperkukuh sosioekonomi veteran ATM.

“Tahun ini, PUVET ATM mengorak langkah baharu dengan mencorakkan semula pengisian program melalui lawatan industri bersama veteran ATM secara langsung ke lapangan. 

“Melalui pendekatan ini, para veteran diberi peluang bertemu pengusaha industri serta wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 

“Konsep ini dirangka bagi membuka ruang kepada veteran ATM menimba pengetahuan baharu mengenai perkembangan industri, memahami amalan terbaik dalam memulakan perusahaan sendiri, serta memperoleh akses jaringan terhadap geran dan insentif yang ditawarkan oleh agensi terlibat,” katanya. 

Difahamkan, sebagai permulaan, PUVET ATM membawa seramai 35 orang veteran ATM melawat tiga sektor industri utama di Tawau iaitu industri pelancongan dan rekreasi di Taman Rekreasi Hutan Simpan Mambalua, industri pertanian di Taman Kekal Pertanian Makanan dan ke Ladang Ternakan Ayam Daging di Kausing A Batu 8.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama