Sabah angkat warisan makanan sebagai tarikan pelancong utama menjelang 2026

KOTA KINABALU – Sabah meletakkan makanan tradisional dan warisan kulinarinya sebagai aset pelancongan utama dalam usaha menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pelancongan gastronomi berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan sektor pelancongan negeri, sekali gus membuka peluang ekonomi baharu khususnya kepada masyarakat pedalaman.

Beliau berkata, usaha ini digerakkan melalui strategi menyeluruh yang melibatkan kolaborasi antara cef profesional dan komuniti luar bandar.

“Sabah bukan sahaja kaya dengan alam semula jadi dan budaya, tetapi turut memiliki kepelbagaian makanan warisan yang boleh diketengahkan sebagai daya tarikan utama pelancong. 

“Kini kita bekerjasama rapat dengan cef tempatan untuk membentuk rangka kerja pelancongan makanan yang menonjolkan keunikan sajian tradisional pelbagai etnik di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Future Menu Chef Showcase 2025 anjuran Unilever Food Solutions, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, penglibatan komuniti luar bandar adalah kunci utama kerana banyak makanan autentik Sabah lahir dari kawasan pedalaman.

“Cef kita mempunyai kreativiti dan kepakaran untuk membantu komuniti tempatan mempersembahkan masakan mereka secara lebih profesional tanpa mengorbankan keaslian dan kelestarian. 

“Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelancong, malah memberi manfaat terus kepada penduduk luar bandar melalui peluang pendapatan, penglibatan dalam sektor pelancongan dan usaha pemeliharaan warisan makanan,” jelasnya. 

Majlis tersebut turut memperkenalkan beberapa trend kulinari baharu seperti Culinary Roots, Street Food Couture, Borderless Cuisine dan Diner-Designed Experiences, gabungan tradisi dengan inovasi yang diyakini mampu melonjakkan masakan Sabah ke pentas global.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) turut memuji kerjasama sektor swasta dan badan profesional kulinari yang disifatkannya penting dalam membina ekosistem pelancongan makanan yang mampan serta inklusif.

“Kita mahu makanan dijadikan alasan utama pelancong datang ke Sabah, bukan sekadar pelengkap pengalaman,” ujarnya.

Turut hadir ialah Cef Eksekutif Unilever Food Solutions Malaysia, Nigel Lee dan Presiden Persatuan Cef Sabah, Adrian Chong.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah