Fadhlina terbuka teliti padangan mahasiswa, pelbagai pihak tangani isu buli

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek terbuka dalam menerima pandangan serta cadangan daripada pelbagai pihak, termasuk badan mahasiswa, bagi memperkukuh aspek keselamatan dan menangani gejala buli di sekolah secara holistik.

Beliau berkata, komitmen itu dizahirkan selepas menerima memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang menuntut penambahbaikan pemantauan keselamatan di institusi pendidikan.

Fadhlina juga bersedia meneliti semua cadangan, termasuk sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan untuk ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan, serta pelan anti-buli dalam usaha menangani isu tersebut.

“Saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan semua pihak bagi menambah baik aspek keselamatan di semua institusi pendidikan KPM. Usaha untuk memerangi salah laku buli dan memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.

“Pada masa ini, KPM sedang melaksanakan beberapa inisiatif penting bagi memperkukuh aspek keselamatan, termasuk audit keselamatan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), dan penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Khamis.

Terdahulu, sekumpulan mahasiswa bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun di hadapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di sini, bagi menyerahkan satu memorandum menuntut pengunduran Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Tindakan itu susulan beberapa siri insiden buli, penderaan dan keganasan yang berlaku di sekolah serta institusi pendidikan, yang didakwa gagal ditangani secara sistemik oleh pihak kementerian

Presiden GAMIS, Mohammad Azamuddin Sahar berkata, antara kes yang mencetuskan kemarahan orang ramai termasuk kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir pada 16 Julai lalu, pelajar yang mengalami gegaran otak akibat dipukul, insiden murid dipaksa berbogel serta kes pelatih Palapes, Syamsul Haris yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan.

Sehubungan itu kataya, memorandum yang diserahkan menuntut lima perkara utama dan memberi tempoh 30 hari kepada KPM untuk memberikan maklum balas serta jaminan pelaksanaan terhadap tuntutan tersebut.

Sebelum ini, KPM meluluskan peruntukan RM3 juta untuk pemasangan CCTV di sekolah berasrama terpilih bermula serta-merta, sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.

Menurut KPM, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden tidak diingini, dan mewujudkan ekosistem selamat serta kondusif bagi semua murid.

Related Posts

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

PUTRAJAYA – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal sentimen bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan pentadbiran terdahulu berkait isu pengurusan krisis pelarian etnik Rohingya di Malaysia, hanya sekadar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April