22 juta pemegang MyKad boleh semak kelayakan penghargaan SARA mulai hari ini – MOF

SERAMAI 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia boleh menyemak kelayakan bagi menerima bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui portal rasmi SARA di pautan https://sara.gov.my bermula hari ini, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam satu kenyataan hari ini, MOF memaklumkan bahawa setiap pemegang MyKad yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, iaitu yang lahir pada tahun 2007 dan sebelumnya, layak menerima bantuan tersebut, termasuk juga penerima SARA sedia ada.

Menurut kenyataan itu, tiada sebarang pendaftaran atau permohonan perlu dibuat, memandangkan kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang penipuan atau helah pihak tidak bertanggungjawab memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara terus ke dalam MyKad penerima,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bahawa Penghargaan SARA merupakan satu usaha ikhlas Kerajaan MADANI untuk memanjangkan bantuan tunai kepada semua warganegara dewasa.

Langkah ini adalah sebagai cara mengembalikan hasil reformasi kewangan awam kepada rakyat.

MOF turut memaklumkan bahawa bantuan sebanyak RM100 di bawah program Penghargaan SARA akan mula disalurkan ke dalam MyKad penerima pada 31 Ogos 2025, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Bagi memastikan manfaat negara diagihkan secara adil, MOF menyatakan bahawa baki bantuan yang tidak dibelanjakan pada akhir tahun akan disalurkan semula kepada golongan rentan melalui program khas Kerajaan MADANI yang akan diumumkan kemudian.

“Penerima juga boleh memilih untuk memanfaatkan bantuan ini dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, pembelian barangan asas boleh didermakan kepada badan bukan kerajaan (NGO), rumah ibadat dan sebagainya,” jelas MOF.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa isi rumah secara kolektif berpeluang menerima jumlah bantuan yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM400.

MOF berkata, bantuan ini boleh dibelanjakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar yang akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Penerima boleh membeli lebih 100,000 barangan keperluan yang merangkumi 14 kategori, termasuk:

“Ini termasuk makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.

“Penerima juga boleh merujuk kepada soalan lazim (FAQ) dan maklumat lanjut seperti senarai kedai mengikut bandar dan panduan membeli barangan SARA di portal rasmi,” menurut MOF.

Menerusi program Penghargaan SARA ini, MOF berkata jumlah keseluruhan peruntukan bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahun 2025 meningkat kepada RM15 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT