Kesedar kecewa jadi mangsa fitnah sepanjang kempen PRK Nenggiri

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) hari ini tampil meluahkan rasa kecewa atas tindakan pihak tertentu yang menjadikan agensi itu sebagai bahan ‘belasahan’ sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Pengurus Besarnya, Datuk Zawawi Othman berkata, sikap pihak terbabit adalah sangat mengelirukan dan mengecewakan.

“Mereka menggambarkan Kesedar seolah-olah sebuah institusi yang tidak cakna dan tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

“Antara fitnah yang sering diulang oleh mereka adalah dakwaan kononnya Kesedar membina ibu pejabatnya di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

“Kesedar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan tohmahan itu… semua fitnah disebarkan dilihat bertujuan mengganggu keharmonian warga peneroka kendalian pihak kami,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Zawawi berkata, pihaknya sudah memiliki tanah bangunan ibu pejabat berkenaan sejak 2019, selepas lebih 25 tahun mengemukakan permohonan kepada kerajaan Kelantan.

Katanya, Kesedar juga sudah memberi hak milik tanah kepada peserta Agropolitan Rantau Manis sejak 2014 dan proses pecah sempadan kawasan penempatan sejak tiga tahun lalu.

“Bagi peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) pula, pihak Kesedar sudah mengemukakan permohonan kepada kerajaan Kelantan untuk proses penukaran nama kepada peneroka.

“Proses ini dijangka siap hujung tahun depan,” katanya lagi.

Beliau menambah, sebagai agensi diberi tanggungjawab membangunkan wilayah Kelantan Selatan, pihak Kesedar terus komited untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga peneroka sentiasa diutamakan.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak