Miri perkenal sistem e-compound, urusan kompaun lebih mudah dan pantas

MIRI – Penduduk di bandar raya ini kini menikmati kemudahan baharu apabila Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperkenalkan Sistem E-Compound Letak Kereta 2025, sekali gus menjadikan urusan pembayaran kompaun lebih cepat, mudah dan telus.

Datuk Bandar Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, pelaksanaan sistem digital tersebut merupakan langkah proaktif MBM untuk menjadikan Miri sebuah bandar raya moden, hijau dan mesra penduduk.

“Dengan sistem baharu ini, pegawai penguat kuasa boleh mengeluarkan notis terus menggunakan peranti mudah alih, dan semua maklumat akan disimpan serta-merta ke dalam sistem pusat. Proses menjadi lebih pantas, telus dan cekap,” jelasnya ketika merasmikan pelancaran di Marina Phase 2 pada Isnin.

Notis E-Compound akan memaparkan maklumat lengkap termasuk nombor kompaun, butiran kenderaan, lokasi, masa serta jenis kesalahan. Orang ramai juga boleh membuat semakan dan pembayaran melalui aplikasi mudah alih Borneo Park Miri tanpa perlu hadir ke kaunter.

Buat masa ini, sistem tersebut dilaksanakan di Marina Phase 1 dan 2 sebagai projek perintis sebelum diperluaskan ke seluruh bandar raya.

Adam Yii menambah, inisiatif digital ini bukan sahaja memudahkan masyarakat, malah menyokong aspirasi bandar hijau kerana mengurangkan penggunaan kertas.

“Saya berharap masyarakat menerima dan membiasakan diri dengan sistem ini, di samping berkongsi maklumat dengan orang sekeliling agar semua mendapat manfaat bersama,” katanya.

Dengan tema “Smart Parking, Trusted Service, Better Miri”, MBM yakin pelaksanaan sistem ini mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menjadikan Miri lebih tersusun dan mesra komuniti.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

MIRI – Seorang lelaki maut akibat dihempap sebuah jentolak dalam satu insiden tragis yang berlaku di kawasan Long Seridan, Marudi pada Ahad. Mangsa yang dikenali sebagai Mancha Lingan, 40, disahkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0