Pengiktirafan dunia bukti Malaysia stabil – Anwar

LARUT – Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memudah cara pendamaian Thailand dan Kemboja diiktiraf dunia, sekali gus mencerminkan kestabilan politik dan kekuatan ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kepercayaan negara-negara jiran terhadap Malaysia untuk mengendalikan rundingan damai membuktikan bahawa kepimpinan negara terus dihormati, meskipun terdapat pihak tertentu di dalam negara yang enggan mengiktiraf pencapaian tersebut.

“Syukur Alhamdulillah, politik kita stabil, pembangunan ekonomi kita dihormati. Bila berlaku pergaduhan, mereka menyerahkan usaha perdamaian kepada kita.

“Satu dunia iktiraf, walaupun ada beberapa orang di Parlimen tidak mahu mengiktiraf, itu tidak mengapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Terdahulu, Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan, turut mengiktiraf peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam mengendalikan mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) yang mempertemukan Thailand dan Kemboja bagi meredakan ketegangan di sempadan.

Dalam ucapan sama, Anwar menegaskan hubungan erat Malaysia dengan negara luar membawa banyak manfaat, termasuk membuka peluang ekonomi kepada rakyat.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara dan menyokong pembangunan industri tenusu tempatan.

Melahirkan rasa bangga terhadap kejayaan Farm Fresh Bhd, Anwar memuji sumbangan syarikat itu dalam menghasilkan produk tenusu berkualiti, menyediakan pekerjaan kepada rakyat tempatan, dan mengembalikan keuntungan kepada masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, memaklumkan kompleks seluas 828 ekar itu kini memiliki 4,300 lembu tenusu dengan pengeluaran 22,000 liter susu sehari atau 10 juta liter setahun, menjadikannya ladang tenusu terbesar dan paling produktif di negara ini.

Selain mengeluarkan susu sendiri, syarikat itu turut membeli susu daripada penternak kecil tempatan pada harga kompetitif serta menyalurkan biasiswa kepada 500 pelajar STPM melalui CSR.

Tahun ini, syarikat tersebut akan melaksanakan program tuisyen matematik untuk murid sekolah rendah.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM