Ilmu, idea teras Malaysia MADANI — Ismail

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop menegaskan bahawa konsep Malaysia MADANI tdak seharusnya dilihat semata-mata berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau kerajaan pimpinannya, sebaliknya perlu difahami sebagai jiwa dan nadi rakyat.

Beliau berkata, Malaysia MADANI mengangkat maruah dan darjat rakyat agar bersama-sama menjadi penyumbang kepada pembinaan sebuah negara yang lebih berperadaban.

“MADANI ini bukan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan tentang kerajaan yang beliau pimpin. MADANI adalah jiwa hati rakyat. Apa yang cuba diangkat Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat sama-sama membangun sebuah Malaysia yang lebih MADANI,” katanya dalam podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Ismail yang juga dikenali sebagai Tok Abah berkata, beliau amat terkesan dengan usaha Perdana Menteri yang sejak dahulu konsisten membudayakan ilmu, malah terus menganjurkan majlis ilmu walaupun selepas menjadi ketua kerajaan.

“Saya cukup terkesan kerana budaya ilmu ini masih diteruskan. Baru-baru ini di kediaman rasmi Perdana Menteri, saya lihat beliau menganjurkan majlis ilmu bersama tokoh yang saya minati, Yusuf Islam atau Cat Stevens. Ini bukti kesungguhan membudayakan ilmu dalam kehidupan,” katanya.

Mengulas tentang nilai-nilai Malaysia MADANI seperti ihsan, hormat, dan belas kasihan, beliau berkata, nilai tersebut harus dikaitkan dengan semangat kemerdekaan.

Katanya, pengisian kemerdekaan hanya akan bermakna jika rakyat mempunyai idea, gagasan, dan kefahaman dalam mendepani era maklumat tanpa batas.

“Kita kini hidup dalam dominasi media sosial yang membentuk persepsi rakyat. Ia tidak boleh ditangani dengan cara lama, sebaliknya memerlukan insan berilmu, berfikir, dan beridea. Inilah asas untuk menghadapi cabaran era digital,” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM