Khlir tetap main isu pencen ATM walau tahu ia keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen (PN) Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dilihat cuba membuat kecoh di Dewan Rakyat dengan membangkitkan isu pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Ketika sesi jawab lisan, Khlir mendakwa membawa suara 86,933 veteran ATM di seluruh negara, kononnya memohon penjelasan dari Kementerian Pertahanan mengapa isu pelarasan pencen tidak dibawa ke Majlis Angkatan Tentera (MAT) untuk dibincangkan.

“Saya dah beritahu mereka di seluruh Malaysia, dengar apa jawapan yang akan diberikan oleh menteri,” katanya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari ketika menjawab pertanyaan itu menjelaskan, keputusan isu pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum Januari 2013 sudah diputuskan Mahkamah Rayuan pada 4 Jun lalu.

Katanya, mahkamah juga sudah membenarkan rayuan kerajaan dan tiga pihak lain dan susulan itu pihak responden sudah memfailkan dan menyerahkan memorandum serta rekod rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 4 Julai lalu.

“Tan Sri Yang Dipertua berdasarkan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Perkara 23(1)(g) … harus melencongkan perkara yang sedang dibicarakan oleh mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara yang dalam pertimbangan mahkamah.

“Berdasarkan peraturan berkenaan, saya mohon supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan soalan membabitkan perkara itu selagi proses mahkamah sedang berlangsung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Kementerian Pertahanan dan kerajaan sentiasa berusaha dan memberi keutamaan terhadap agenda pemerkasaan serta kesejahteraan veteran ATM.

“Ini sama ada berpencen mahupun tidak supaya dapat menikmati kehidupan selesa pada masa kini dan juga akan datang,” katanya.

Khlir yang kelihatan tidak berpuas hati bertindak membuat kenyataan bahawa apa yang dijawab oleh Adly telah pun diramalkan beliau sebelum hadir di Dewan Rakyat, pada Isnin.

“Saya dah agak dah jawapan itu… tunggu keputusan mahkamah.

“Saya semalam fikir, apa jawapan menteri, saya dah agak, memang tepat jangkaan saya,” katanya.

Related Posts

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

KOTA KINABALU – Dua unit ‘pendrive’ berjenama SanDisk berwarna silver dan Kingston berwarna hitam serta seunit cakera padat (DVD) digunakan untuk menyimpan bahan bukti dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang