Pelajar ditipu sindiket kerja sambilan rugi lebih RM200,000

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar lelaki berputih mata selepas kerugian sehingga RM 201,886 akibat diperdaya sindiket penipuan tawaran kerja sambilan atas talian tidak wujud sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa berusia 19 tahun itu terpedaya selepas menerima kembali komisyen setelah mengeluarkan modal berjumlah RM3,000.

“Pada 24 Julai, mangsa telah tertarik dengan tawaran komisyen dalam tempoh sejam dijanjikan sindiket iaitu sebanyak enam hingga 15 peratus daripada keseluruhan modal pelaburan.

“Mangsa kemudiannya membuat transaksi sebanyak dua kali pada tarikh berkenaan dengan jumlah RM3,000 sebelum mendapat keuntungan daripada sindiket bernilai RM565,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, beberapa minggu kemudian, mangsa yang percaya dengan sindiket berkenaan telah menggandakan jumlah modal pembelian dan membuat transaksi sehingga 27 kali ke atas 19 akaun bank berbeza.

“Pada 13 Ogos, mangsa membuat lagi beberapa transaksi menggunakan wang ahli keluarganya pula. Namun, mangsa tidak lagi menerima sebarang komisyen ekoran suspek mengatakan terdapat beberapa masalah teknikal yang memerlukan mangsa untuk pembayaran ke akaun berlainan.

“Suspek menjanjikan komisyen lumayan sebaik masalah itu selesai dan mangsa telah membuat bayaran sehingga lebih RM200,000 membabitkan 27 transaksi kesemuanya,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata, pelajar lelaki yang mengesyaki dirinya ditipu kemudian memeriksa maklumat tawaran pekerjaan berkenaan di internet sebelum mengetahui bahawa sindiket tersebut adalah ‘scammer’.

Mangsa terus membuat laporan polis pada Selasa dan kes disiasat mengikut 420 Kanun Kesekaaan kerana penipuan.

Justeru, beliau menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan suspek menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu National Scam Response Centre (NSRC), semak mule atau CCID online yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit sebelum membuat sebarang transaksi.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka