Penggunaan lampu LED mampu wujudkan persekitaran hijau, mampan – Tan Kai

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai mengumumkan permulaan projek penggantian lampu di sepanjang jalan utama Jalan Stapok Lama.

“Antara tujuan projek ini ialah menggantikan 95 lampu yang kurang cekap tenaga kepada lampu jalan LED yang lebih efisien,” ujar beliau.

Tambah beliau, projek ini juga langkah mempertingkatkan kemampanan kawasan bandar.

“Dengan menggantikan lampu jalan yang sudah lapuk kepada LED, kita dapat mengurangkan penggunaan gas rumah hijau,” ujar beliau sambil berkata inisiatif ini sejajar dengan ‘Green City Action Plan’ (GCAP).

Difahamkan penggantian sejumlah 251 lampu jalan dengan lampu jalan LED sudah dilaksanakan sejak 2023 di beberapa lokasi.

Antaranya, Taman Tebing Sungai Batu Kawa, Pines Square, dan 3rd Mile Bazaar, dengan kos keseluruhan projek menghampiri RM400,000.

“Inisiatif ini merupakan komitmen kami yang lebih luas di bawah GCAP untuk memupuk persekitaran bandar lebih mesra alam dan mampan,” ujarnya.

Beliau juga turut merakam bagi pihak MPP atas sokongan daripada pihak kerajaan yang turut merealisasikan projek ini.

“MPP terus mendapat pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dengan kerjasama SESCO untuk menggantikan semua lampu jalan yang kurang cekap tenaga,” ujarnya.

Beliau juga berharap pelaksanaan projek ini memberi impak positif kepada masyarakat serta mewujudkan persekitaran lebih hijau dan mampan.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur