MCMC rakam keterangan individu sebar kandungan palsu kematian Zara Qairana

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Suruhanjaya itu berkata, kandungan tersebut dipercayai mengandungi maklumat palsu dan bersifat menyentuh 3R (kaum, agama dan Institusi Diraja).

“Perkara terbabit dikhuatiri akan mencetuskan kekeliruan awam selain menjejaskan kelancaran proses siasatan polis.

“Bagi membantu siasatan, individu tersebut telah dipanggil untuk sesi rakaman keterangan di Ibu Pejabat Daerah Cheras pada 9 Ogos 2025,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, MCMC memaklumkan, pihaknya turut menyita sebuah telefon bimbit dan sekeping kad SIM untuk membantu siasatan.

Jelasnya, kes disiasat di Bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“MCMC mengingatkan orang ramai agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan.

“Berhati-hati dengan kandungan spekulasi yang boleh menuimbulkan kekelirtuan awam,” katanya.

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina bermula jam 9 pagi ini dan dijangka mengambil masa lama dan akan dibawa ke Sipitang untuk dikebumikan semula sebaik proses itu selesai.

Jenazah pelajar berusia 13 tahun itu tiba di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada jam 10.30 malam semalam selepas selesai digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang, kira-kira tiga jam sebelum itu.

Jenazah itu kemudian dibawa ke Jabatan Radiologi untuk pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) sebelum disimpan di Jabatan Perubatan Forensik.

Kira-kira 100 ahli keluarga, kenalan dan penduduk setempat hadir menyaksikan proses penggalian semula kubur jenazah Allahyarham Zara Qairina yang menunggu sejak tengah hari.

Proses itu dikawal sepasukan anggota polis bagi memastikan ia berjalan lancar sambil dipantau pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Jenazah Allahyarham Zara dikebumikan pada 17 Julai lalu selepas disahkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama SMKA Tun Datu Mustapha sehari sebelum itu.

Penggalian semula kubur dilakukan selepas mendapat perintah Majistret Zuraini Ali Musa melalui prosiding secara aplikasi Zoom yang didengar di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar tengah hari semalam.

Sebelum ini, keluarga arwah meminta kubur Zara digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan agar dapat melengkapkan siasatan berhubung punca kematian pelajar terbabit.

Related Posts

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PENDEKATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negara memperlihatkan kecenderungan untuk tidak terlalu melayan tekanan serta kritikan politik, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas pentadbiran dan usaha memperkukuh kedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

‘Guru minta izin nyanyi kejap’, lagu Hindi klasik dendangan Anwar curi perhatian

Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis

  • By Aden
  • September 13, 2026
Polis lepaskan tembakan tahan Perodua Myvi, pasangan kekasih ditahan cubaan bunuh anggota polis