KP JKOM puji kesabaran PMX, titip doa istimewa sempena ulang tahun kelahiran

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, memuji keteguhan dan kesabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam menempuh pelbagai dugaan dan ujian, selain tidak pernah membalas kebencian dengan kebencian.

Beliau berkata, walaupun diberi amanah dan kuasa yang besar, sifat tawaduk dan rendah diri sentiasa menjadi cerminan kepimpinan Perdana Menteri.

“Dalam meniti perjalanan yang penuh dengan dugaan dan ujian, Datuk Seri tetap teguh dengan kesabaran, tidak pernah membalas kebencian dengan kebencian.

“Walaupun diberi amanah dan kuasa yang besar, sifat tawaduk dan rendah diri sentiasa menjadi cerminan kepimpinan Datuk Seri.

“Semoga terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan bimbingan Ilahi untuk memimpin Malaysia ke arah yang lebih sejahtera dan bermaruah,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Ismail turut mendoakan agar impian Perdana Menteri membentuk Malaysia sebagai Negara MADANI serta membina negara bangsa yang bersatu, adil dan berdaya saing akan menjadi kenyataan.

“Moga impian membentuk Malaysia sebagai Negara MADANI dan membina sebuah negara bangsa yang bersatu, adil dan berdaya saing akan terus menjadi realiti.

“Selamat ulang tahun kelahiran kepada Datuk Seri,” ujarnya.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan