Pemandu bas maut terlibat nahas 3 kenderaan berat

KULAI – Seorang pemandu bas maut manakala 11 penumpang cedera selepas kenderaan dipandunya itu terlibat nahas bersama dua buah lori, di Kilometer 49.4 Lebuh Raya Utara Selatan di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, dalam kejadian jam 2.15 pagi itu, mangsa Mohd Sharif A Moin, 48, disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurut beliau, dua lagi kenderaan terlibat adalah sebuah lori Scania dan sebuah lori Nissan yang masing-masing dipandu oleh seorang pemandu.

“Terdapat 13 mangsa kesemuanya di dalam bas termasuk pemandu yang maut. Manakala, 11 penumpang bas dilaporkan cedera iaitu enam lelaki, empat wanita dan seorang orang kelainan upaya (OKU). Manakala, seorang penumpang kanak-kanak yang berada dalam bas terbabit tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu lori Nissan turut mengalami kecederaan, manakala pemandu lori Scania dilaporkan tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Fauzi berkata, pemandu lori Nissan dan pemandu bas tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya, kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan dibantu lori towing.

“Pemandu bas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai,” katanya.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran