Kerajaan pertimbang naik cukai tembakau

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbang cadangan menaikkan kadar cukai tembakau, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan terhadap kesihatan awam dan pembaharuan hasil negara memandangkan sudah sekian lama tiada semakan semula kadar cukai berkaitan.

“Saya setuju dengan semangat, bukan sahaja kerana saya tidak merokok tetapi kerana adanya kempen anti-merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian demikian ketika ditanya sama ada kerajaan sedang meneliti langkah menaikkan kadar cukai tembakau dalam pembentangan Belanjawan 2026 Oktober ini.

Cukai tembakau di Malaysia mewakili 58.6 peratus daripada harga runcit dan tiada prosedur tetap bagi pelarasan atau penilaian berkala dilaksanakan.

Kali terakhir kadar cukai itu dinaikkan adalah pada September 2014.

Dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 minggu lalu, Anwar menyatakan kerajaan akan meluaskan pelaksanaan cukai pro-kesihatan yang sebelum ini hanya tertumpu kepada produk bergula, kepada tembakau, rokok elektronik dan alkohol.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR