Empati digital, kesedaran emosi kunci persekitaran media sosial yang lebih sihat

BAGI mewujudkan suasana media sosial yang sihat, masyarakat perlu melakukan perubahan bermula dengan belajar memahami perasaan orang lain secara dalam talian (empati digital) dan bijak mengawal emosi ketika menggunakan media sosial.

Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial (FPEPS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Normadiyana Abdullah, beliau menegaskan bahawa dunia maya yang serba pantas dan bersifat tanpa wajah mendedahkan individu, khususnya golongan belia, kepada budaya perbandingan diri, kecaman terbuka serta fenomena ‘cancel culture’ yang boleh menggugat kesejahteraan psikologi.

“Sebagai kaunselor, saya menyarankan agar setiap pengguna media sosial menjadi ‘bystander’ positif, bukan sekadar pemerhati pasif terhadap insiden buli siber. Mereka seharusnya berani melaporkan kandungan yang berunsur penghinaan, menyokong mangsa secara terbuka, serta menegur pembuli dengan cara yang beretika,” katanya kepada The Malaysia Press.

Normadiyana berkata, pendidikan empati digital wajar dimulakan seawal peringkat persekolahan melalui modul literasi media sosial yang menekankan aspek kawalan emosi, tanggungjawab siber dan nilai kemanusiaan dalam berkomunikasi secara dalam talian.

Mengulas mengenai langkah menangani trauma akibat buli siber, beliau menegaskan bahawa perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi dalam organisasi seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan tempat kerja merupakan asas penting dalam pemulihan yang berstruktur.

“Perkhidmatan psikologi klinikal dan kaunseling pendidikan kini menyediakan pelbagai pendekatan seperti Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT), terapi kumpulan, latihan teknik pernafasan atau ‘mindfulness’, dan sesi intervensi trauma secara individu.

“Masyarakat perlu menyedari bahawa mendapatkan khidmat kaunseling bukan tanda kelemahan, sebaliknya langkah bijak dan berani demi menyelamatkan kesejahteraan diri. Stigma terhadap perkhidmatan kaunseling masih menjadi cabaran utama,” ujarnya.

Sehubungan itu, Normadiyana menggesa agar organisasi memperkukuh promosi perkhidmatan psikologi secara terbuka dan mesra.

Antara inisiatif yang dicadangkan termasuk penyediaan talian sokongan emosi, sesi bimbingan psikososial secara berkala serta pendedahan kepada warga organisasi untuk mengenal pasti tanda tekanan dalam kalangan rakan sekerja, pelajar atau belia.

“Lebih penting, kaunselor hari ini tidak lagi berperanan selepas krisis berlaku, tetapi sebagai pendidik komuniti emosi. Kaunselor perlu memperkasa individu supaya mereka tidak menjadi punca kepada trauma orang lain,” katanya lagi.

Secara keseluruhannya, beliau menegaskan bahawa persekitaran media sosial yang sihat tidak hanya tertumpu kepada kandungan yang positif, tetapi terbentuk melalui budaya komunikasi yang beradab, menyokong serta bebas daripada penghakiman.

“Di era digital ini, empati dan akses kepada sokongan psikologi bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan asas dalam memastikan kesihatan mental kolektif masyarakat. Mendapatkan bantuan awal bukan kelemahan tetapi adalah kekuatan pertama menuju pemulihan,” katanya.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah