Aduan jalan rosak perlu dibaiki dalam tempoh 24 jam – Ahmad Maslan

TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa sebarang aduan berkaitan jalan berlubang yang dikemukakan melalui aplikasi mudah alih MyJalan perlu ditangani dan dibaiki dalam tempoh 24 jam.

Menurut Ahmad, tindakan segera hendaklah diambil oleh semua pihak berkuasa terbabit, tanpa mengira bidang kuasa jalan yang terlibat.

“Tempoh penyelesaian untuk menampal jalan rosak di bawah Kementerian Kerja Raya ialah dalam tempoh 24 jam. Pihak berkuasa lain juga dikehendaki membaiki jalan dalam tempoh yang sama.

“Manakala bagi aduan berkaitan kerosakan lain, tempoh penyelesaian adalah dalam masa 15 hari,” katanya ketika menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS–Batang Lupar) dalam sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad memaklumkan sebanyak 39,371 aduan telah diterima melalui aplikasi MyJalan bermula Ogos 2023 hingga Jun 2025.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11,959 aduan melibatkan jalan persekutuan, manakala selebihnya melibatkan jalan di bawah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan serta agensi lain.

Tambah beliau lagi, terdapat lima faktor utama yang menyebabkan kerosakan jalan termasuk pembentukan lubang, antaranya ialah keadaan cuaca seperti hujan, panas dan banjir yang mempercepatkan proses kerosakan permukaan jalan.

“Faktor lain termasuk kenderaan berat yang melebihi muatan, jangka hayat jalan raya, kualiti turapan jalan serta kerja-kerja utiliti yang tidak sempurna,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kementerian akan menjalankan Kajian Kembang bagi memastikan kestabilan tanah dan struktur bagi jalan-jalan bertingkat.

Kajian ini lazimnya melibatkan analisis terhadap tindak balas bahan atau sistem terhadap perubahan keadaan seperti kandungan lembapan atau suhu.

“Bagi kawasan yang kerap dilanda banjir, jalan akan dinaikkan bagi mengelakkan gangguan hubungan ketika musim tengkujuh,” katanya.

Related Posts

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar pendidikan percuma terus ditambah baik, pelaksanaan secara berperingkat – Adam Adli

USAHA menyediakan pendidikan percuma telah dilaksanakan secara berperingkat termasuk melalui pelupusan hutang masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan garis kemiskinan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun