108 JKKK DUN Bekenu terima peruntukan MRP berjumlah RM532,000

SIBUTI – Seramai 108 Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta Rumah Panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM532,000 dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung pada Selasa.

Majlis berkenaan diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus.

Menurut beliau, peruntukan telah disalurkan terus ke akaun setiap JKKK bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan telus di peringkat akar umbi.

“Saya ingin ingatkan semua JKKK agar memaklumkan penerimaan dana ini kepada penduduk kampung serta ahli jawatankuasa masing-masing. Gunakan peruntukan ini secara berhemah dan utamakan projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan komuniti,” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya kemas kini profil kampung dan rumah panjang agar setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara tersusun dan efisien.

Pada masa yang sama, Rosey turut menyeru ketua kampung dan tuai rumah agar mengadakan mesyuarat JKKK secara berkala sebagai usaha memperkukuh tadbir urus dan pengurusan komuniti yang lebih baik.

“Kerajaan Sarawak juga menyediakan Elaun Pengendalian Mesyuarat dan Elaun Kehadiran Mesyuarat kepada JKKK. Jadi, tuntutan boleh dibuat di Pejabat Daerah dengan mengemukakan dokumen lengkap,” tambahnya.

Penyerahan peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan pembangunan di kawasan luar bandar, khususnya melalui penglibatan aktif masyarakat setempat dalam merancang dan melaksanakan projek berskala kecil tetapi berimpak tinggi.

Related Posts

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia mengambil inisiatif proaktif mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada penumpangnya di sekitar bandar raya ini susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing. Keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

SARATOK – Lambakan buah-buahan bermusim di kawasan luar bandar berpotensi besar untuk dikomersialkan menjadi produk makanan bernilai tambah, sekali gus membuka peluang penjanaan pendapatan baharu kepada komuniti setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka