Peminat Oasis maut ketika konsert

LONDON – Lelaki berusia 40-an maut selepas terjatuh di konsert Oasis yang berlangsung di stadium Wembley London, kata polis semalam.

Liam dan Noel Gallagher – yang membawa kembali kumpulan ikonik Britpop untuk jelajah dunia tahun ini – memberitahu BBC bahawa mereka terkejut dan sedih dengan kematian peminat di konsert petang Sabtu itu.

Menurut jurucakap Polis Metropolitan London, pasukannya dan pegawai perubatan dihubungi untuk ke tempat kejadian selepas 10.00 malam (2100 GMT) berikutan ‘laporan bahawa seseorang cedera’ di stadium yang penuh sesak.

“Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40-an ditemui dengan kecederaan yang konsisten dengan terjatuh.

“Malangnya dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata jurucakap itu yang menggesa mana-mana saksi supaya tampil ke hadapan.

Jurucakap Wembley berkata, ‘doa kami tujukan buat keluarganya’.

Tambahnya, konsert pada malam semalam tetap diteruskan seperti dirancang.

Konsert semalam menjadi persembahan terakhir Oasis di London dalam siri jelajah dunianya yang keseluruhan membabitkan 41 konsert.

Jelajah itu sempena penyatuan semula ahli kumpulan selepas 16 tahun berpisah disebabkan hubungan adik-beradik Gallagher yang tegang.

Sejumlah 900,000 tiket terjual untuk siri jelajah itu, dengan selepas ini kumpulan itu akan ke Edinburgh sebelum memulakan jelajah antarabangsanya ke Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan Brazil.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan