Puteri UMNO tulang belakang perjuangan parti

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Puteri UMNO sempena ulang tahun ke-24 penubuhan sayap itu.

Seiring dengan ‘usia’ itu, Puteri UMNO terus teguh menjadi tulang belakang perjuangan parti sejak lebih dua dekad lalu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, Puteri UMNO adalah nadi dinamik mewakili suara wanita muda, berani ke hadapan, bijak menyusun gerak kerja dan tidak pernah gentar mempertahankan UMNO dalam apa jua keadaan.

“Dari medan media sosial hingga ke akar umbi desa dan kota, Puteri sentiasa hadir menyumbang tenaga dan menyemarakkan semangat juang,” katanya.

Beliau berkata, ulang tahun kali ini hadir pada waktu yang cukup penting iaitu menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang disifatkan sebagai medan ujian dan peluang membuktikan kematangan serta kewibawaan Puteri UMNO sebagai suara masa depan.

“Saya percaya dengan kekuatan solidariti dan semangat kental, Puteri UMNO akan terus melakar kejayaan, bukan hanya dalam parti, tetapi dalam membina bangsa dan memacu negara.

“Selamat Ulang Tahun Ke-24 Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Teruslah bersinar sebagai peneraju wanita muda tanah air,” katanya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16