Berakhirnya era Heung Min bersama Spurs

SEOUL – Son Heung Min menerima penghormatan pada penampilan terakhir bersama Tottenham Hotspur apabila mereka seri 1-1 dengan Newcastle United di Seoul malam ini.

Perlawanan itu menyaksikan ‘kecederaan serius’ menimpa James Maddison.

Brennan Johnson dan Harvey Barnes masing-masing menyumbat gol untuk kedua-dua pasukan, namun tumpuan sebenar terarah kepada Heung Min, yang mengumumkan dia ‘memerlukan suasana baharu’ selepas sedekad bersama kelab itu.

Dia menamatkan kemarau kejuaraan bersama Spurs dengan menjulang trofi Liga Europa selaku kapten pada Mei lalu, perlawanan di tanah airnya ini menjadi detik perpisahan yang sempurna buat Heung Min – yang memainkan peranan utama sepanjang perlawanan – termasuk dalam upacara sepak mula simbolik.

Johnson kemudiannya memberi penghormatan kepada Heung Min dengan meraikan jaringannya menggunakan gaya sambutan gol ikonik milik bintang Korea Selatan itu, selepas jaringannya yang terbias melepasi Nick Pope pada minit ketiga.

Newcastle turut mencipta ancaman tersendiri, dengan Joelinton hampir dua kali menjaringkan gol, sebelum Barnes menyelinap masuk dari sayap kiri dan melepaskan rembatan kaki kanan melepasi jangkauan Antonin Kinsky.

Detik paling besar dalam perlawanan hadir sejurus selepas sejam permainan berlangsung.

Ketika Heung Min digantikan Mohammed Kudus, permainan dihentikan seketika apabila pemain dari kedua-dua pasukan berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal, manakala penyokong termasuk ahli keluarganya memberikan penghormatan kepada pemain sayap berusia 33 tahun itu yang tidak mampu menahan air mata.

Related Posts

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Aliff Rakib atas kejayaan melakar sejarah sebagai rakyat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran