Padang Stadium Darul Makmur diiktiraf FIFA

KUALITI padang Stadium Darul Makmur (SDM) yang menggunakan rumput asli pertama di negara ini dan memperoleh pensijilan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dibuka secara rasmi, hari ini.

Ia sekali gus melakar sejarah baharu buat arena sukan khususnya bola sepak di Pahang.

Majlis perasmian padang yang dinaik taraf menggunakan rumput jenis Bermuda Tifgrand itu disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, padang SDM kini diiktiraf sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan rasmi FIFA menerusi Program Kualiti FIFA bagi Permukaan Padang Semula Jadi.

Menurutnya, pensijilan itu diperoleh setelah proses penilaian teknikal komprehensif dijalankan konsultan dilantik badan bola sepak dunia itu pada 23 dan 24 April lalu.

“Hasil penilaian tersebut, padang ini menerima penarafan cemerlang dengan markah keseluruhan 93 peratus,” katanya selepas majlis perasmian padang itu.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal.

Wan Rosdy berkata, padang berkenaan mula dinaik taraf pada September 2024 dengan peruntukan keseluruhan RM1.6 juta.

Ujarnya, sebanyak RM1.1 juta adalah melalui peruntukan kerajaan negeri manakala RM500,000 daripada Kerajaan Persekutuan.

“Padang ini menepati piawaian antarabangsa yang sangat ketat, sekali gus menjadikan ia setanding dengan padang bola sepak utama dunia.

“Pengiktirafan ini juga amat penting kerana padang yang berkualiti tinggi mampu mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan prestasi atlet semasa bertanding,” ujarnya.

Related Posts

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

ARSENAL menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelantan Red Warriors layak ke Liga Super musim depan

KOTA BHARU – Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) menutup saingan Liga A1 Semi Pro musim ini di tangga keempat liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bunga Raya FC…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama