Hak Sabah tidak akan dikorbankan walau seinci – Anwar

KOTA KINABALU – Hak Sabah satu inci pun tidak akan dikorbankan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan mempertahankan hak dan kedaulatan Sabah iaitu tuntutan perairan di Laut Sulawesi, tidak akan dikompromi oleh Kerajaan Persekutuan.

”Saya mewakili Kerajaan Persekutuan pertahankan hak negeri Sabah, satu inci pun tidak kita korbankan,” katanya.

Menurut Anwar, sebarang keputusan mengenai sempadan negara tidak akan dimuktamadkan tanpa penglibatan penuh Kerajaan Negeri Sabah, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini kita lakukan dalam Kerajaan MADANI kerana untuk memutuskan sempadan mesti melibatkan Kerajaan Negeri Sabah. 

“Tetapi ini tidak menghentikan soal fitnah, sebab itu saya fikir lebih baik Ketua Menteri dengar sendiri kemukakan pandangan dan apa yang dibicarakan.

“Kita kena bincang Parlimen ikut perimeter berdasarkan undang-undang antarabangsa, UNCLOS 1982, serta anteseden sejarah dan mesti dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah dan akhirnya ke Dewan Undangan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di sini, pada Ahad.

Anwar turut menyelar pihak tertentu yang menabur tohmahan kononnya isu tuntutan perairan Sabah dengan Indonesia telah diselesaikan secara diam-diam oleh Kerajaan Persekutuan.

“Dia sebut Ambalat, kita sebut Laut Sulawesi. 

“Ada yang buat tohmahan di Parlimen menyatakan, wah sudah selesai. Ini soal hubungan dua negara. Indonesia itu negara sahabat.

“Mesyuarat rasmi dan rundingan sedang dijalankan secara telus. Ini bukan celoteh tipu-tipu di bawah,” katanya lagi.

Kata beliau, semua bentuk perundingan dengan Indonesia akan dilaksanakan secara adil dan telus, tanpa menjejaskan sebarang hak Sabah.

Related Posts

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mahu proses menggubal akta e-dagang baharu dipercepatkan bagi memperkukuh perlindungan pengguna dan memastikan peniaga tempatan berdepan persaingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama. Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat