Guna peruntukan RM100,000 untuk kesejahteraan warga peneroka FELDA

KUANTAN – Setiap tanah rancangan FELDA, terutamanya di Pahang, perlu menggunakan peruntukan RM100,000 disediakan kerajaan Persekutuan sebaik mungkin bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasan mereka.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu juga diharap dapat ditambah pada masa hadapan dengan mengambil kira keperluan di kawasan terbabit.

“Kita bersyukur dengan apa yang diberikan. Saya ucapkan terima kasih kerana rancangan FELDA yang paling banyak adalah di Pahang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Padang Bola Stadium Darul Makmur, di sini. hari ini.

Pahang adalah negeri dengan penempatan FELDA terbesar di Malaysia dengan 115 kawasan tanah rancangan dalam Wilayah Kuantan, Jengka dan Mempaga.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi setiap kampung di bawah FELDA untuk melaksanakan projek pembangunan.

Projek pembangunan itu, kata Perdana Menteri, ditentukan sendiri penduduk setempat dalam kawasan FELDA itu, selaras dengan aspirasi kerajaan yang menekankan prinsip musyawarah dan pemerkasaan rakyat.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok