Tentera Thailand dapat kuasa musnah dron tanpa amaran

BANGKOK – Tentera dan polis Thailand diberi kuasa memintas dan memusnahkan pesawat udara tanpa pemandu (UAV) tanpa sebarang amaran dalam tempoh larangan penggunaan dron yang sedang berkuat kuasa, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik siaran Thai PBS.

Menurut laporan itu, larangan penggunaan dron di seluruh negara berkuat kuasa mulai 29 Julai, dan langkah baharu itu diperkenalkan di dua wilayah tentera, termasuk kawasan sempadan Thailand-Kemboja.

Bagi wilayah lain, keputusan memusnahkan dron akan dibuat sekiranya kepimpinan tentera atau polis menganggap tindakan itu wajar.

Warga Thailand turut dinasihatkan agar sentiasa berwaspada kerana perisik asing didakwa menggunakan dron untuk tujuan pemantauan dan pemindahan maklumat sulit.

Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang penggunaan dron yang mencurigakan.

Di Thailand, perbuatan mengintip, terutama ketika undang-undang tentera dikuatkuasakan, adalah kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman mati, menurut siaran itu lagi.

Related Posts

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

NEW DELHI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX