Kami tidak mahu lagi diperalat: Realiti baharu komuniti India dalam era MADANI

WAYTHA Moorthy mungkin menyangka beliau masih bercakap atas nama semua komuniti India di Malaysia. Tetapi hakikatnya, suara yang beliau bawa sudah lama kehilangan gema di hati masyarakat akar umbi.

Kenyataan beliau pada 1 Ogos 2025 yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina komuniti India, bukan sahaja tidak tepat, malah mencerminkan satu keputusasaan politik untuk kekal relevan.

Sebagai rakyat Malaysia berketurunan India, saya melihat kenyataan itu dengan rasa kecewa – bukan kerana beliau marah, tetapi kerana kemarahannya salah arah dan sarat dengan putar belit.

Kita bukan lagi masyarakat yang perlu diugut dengan naratif lama

Kami sedar siapa kami. Kami tahu bahawa komuniti India selama ini terpinggir dari arus pembangunan. Tetapi kami juga sedar bahawa bukan semua pemimpin yang melaungkan perjuangan India benar-benar membawa penyelesaian.

Berapa ramai pemimpin India yang bercakap tentang ‘1 peratus peruntukan khas’ kepada kaum India, tetapi senyap bila peruntukan MITRA diseleweng oleh kroni mereka sendiri?

Berapa banyak peluang terbazir di era sebelum ini – di mana Waytha sendiri pernah menjadi sebahagian kerajaan – tetapi apa yang kita dapat?

Kami tidak mahu lagi ‘tangisan politik’ yang dibuat-buat ketika kuasa sudah tiada. Kami mahu solusi. Peluang. Maruah.

Dasar RMK13: Bergerak ke hadapan, bukan ke belakang

Kenyataan bahawa Perdana Menteri hanya menawarkan ‘hutang’ kepada kaum India adalah tidak jujur. Skim AIM dan TEKUN bukan skim ah long. Ia adalah bantuan modal mikro – dan saya sendiri kenal ramai usahawan kecil kaum India yang mula dengan RM3,000 pinjaman dan kini ada dua lori catering.

Ya, ia bukan geran besar berjuta-juta. Tapi ia realistik, boleh dicapai, dan lebih baik daripada menunggu janji politik yang tidak pernah menjadi kenyataan.

PMX tidak janji kaum – Beliau janji keperluan

Ada orang India miskin. Ada juga Melayu dan Cina miskin. Jika kita hanya menjerit soal ‘India perlu itu dan ini’ tanpa mahu bersaing dalam sistem berasaskan keperluan, kita akan terus menyendiri dan dipinggirkan lagi.

Apa yang PMX lakukan adalah menyusun sistem yang memastikan siapa yang betul-betul susah – akan dibantu dahulu. Bukan siapa yang lebih lantang.

Dan ya, komuniti India termasuk dalam senarai keutamaan bantuan – tapi bukan kerana kita minta simpati kaum. Kerana data menunjukkan kita perlukan bantuan itu. Dan bantuan itu sedang berjalan.

Apa yang kami mahu?

Kami mahu:

MITRA yang bebas rasuah dan benar-benar bantu pelajar, usahawan dan NGO India.

Kuota latihan kemahiran untuk belia India dikekalkan dan diperluaskan.

Pemberdayaan wanita India di luar bandar, bukan hanya di meja rundingan.

Pendidikan berkualiti, bukan sekadar taburan derma Deepavali.

Dan kami mahu ia dibuat tanpa retorik kaum, tanpa menjadikan kami alat ugutan politik.

Kepada Waytha – Cukuplah

Saudara Waytha, cukup-cukuplah menjadikan komuniti kami mangsa kemarahan politik peribadi. Zaman memukul meja dan menakut-nakutkan rakyat dengan istilah ‘pengkhianatan kaum’ sudah berlalu.

PMX mungkin tidak sempurna. Tapi beliau hadir dengan niat dan pelaksanaan yang lebih jujur. Beliau tak menjanjikan langit, tapi beliau bentangkan pelan yang masuk akal.

Kami tak mahu lagi jadi komuniti yang dimanipulasi melalui emosi. Kami mahu jadi komuniti yang berdiri dengan fakta, daya tahan, dan realiti.

Akhir kata:
Masyarakat India Malaysia sudah letih diperalat oleh pemimpin yang hanya bersuara apabila terpinggir dari kekuasaan.

Kami kini memilih untuk bergerak ke depan – bersama semua rakyat Malaysia – bukan dengan suara perkauman, tetapi dengan kekuatan jati diri.

*Penulis ialah seorang anak Malaysia kaum India, bukan boneka politik

Related Posts

Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

KENYATAAN bekas pemimpin Pas, Zuliadin Abdullah yang mengkritik ucapan Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung hubungan Pas dan UMNO sebelum ini membuka semula perbahasan mengenai konsistensi pendirian politik parti itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pantun PMX bukan sekadar madah, isyarat bahtera MADANI kekal teguh

Di sebalik rangkap pantun yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, tersirat satu mesej politik yang jelas iaitu perbezaan pandangan tidak harus diterjemahkan sebagai perpecahan, sebaliknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos