Kerajaan perkasa semula institusi pondok dengan teknologi baharu, AI – PM

KERAJAAN komited untuk memulih dan memperkasakan semula institusi pondok agar selari dengan keperluan semasa, termasuk melalui penggunaan teknologi maklumat, pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata usaha tersebut merupakan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bagi memastikan institusi pondok kekal sebagai benteng utama dalam mempertahankan akidah, akhlak dan jati diri umat Islam.

“Kita ingin menambah nilai melalui teknologi maklumat, digitalisasi dan kecerdasan buatan agar institusi ini terus teguh sebagai kubu terakhir mempertahankan iman, akhlak dan sahsiah umat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 (MTHQA) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di ibu negara, malam tadi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Menurut Perdana Menteri, sejarah membuktikan bahawa walaupun sistem politik, ekonomi dan pendidikan negara pernah tunduk kepada penjajahan, institusi pondok tetap teguh sebagai benteng terakhir yang mempertahankan jati diri umat Islam.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan pelancaran Program Mushaf Ummah yang dijadualkan pada 8 Ogos ini.

Program ini merupakan inisiatif mengedar naskhah al-Quran yang diterjemahkan secara rasmi dalam 30 bahasa di seluruh dunia.

“Setiap kali saya mengunjungi negara luar sama ada di Peru, Brazil, Perancis, Kemboja atau puluhan negara lain, saya membawa al-Quran beserta terjemahan dalam bahasa tempatan dan mengedarkannya secara rasmi. Ini saya percaya sebagai pendekatan yang baik,” katanya.

MTHQA tahun ini yang berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos 2025 membawa tema “Membentuk Ummah MADANI”, dan menghimpunkan seramai 71 peserta dari 49 buah negara.

Malaysia diwakili oleh empat peserta, iaitu Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dari Perak dan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi dari Terengganu bagi kategori Tilawah, serta Muhammad Adib Ahmad Rozaini dari Perak dan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif dari Kelantan bagi kategori Hafazan.

Pemenang bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000, manakala tempat kedua akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga RM20,000, selain barangan kemas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor