Kaum tidak terancam tetapi politik sempit yang terdesak

RAKYAT Malaysia diseru agar lebih bijak dan matang dalam menilai retorik politik yang mempergunakan sentimen kaum kononnya atas nama ancaman terhadap sesuatu bangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop, menegaskan bahawa kebanyakan naratif tentang “kaum terancam” bukanlah datang secara organik daripada rakyat, tetapi sering dimainkan oleh ahli politik dan parti yang ingin meraih sokongan secara emosional.

“Bila ada pihak mendakwa sesuatu kaum terancam, rakyat perlu tanya, betulkah kaum itu yang terancam, atau sebenarnya parti politik yang memperalatkan kaum tersebut kerana mereka sendiri terancam?” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurut Ismail, dalam sistem demokrasi yang matang, rakyat tidak wajar mudah dipengaruhi oleh sentimen sempit dan slogan bermusim yang tidak disertakan dengan pelan tindakan strategik untuk negara.

“Kita kena bezakan antara retorik kempen pilihan raya dengan komitmen sebenar terhadap pembinaan negara. Demokrasi bukan sekadar pesta lima tahun sekali, ia menuntut kebijaksanaan dan tanggungjawab,” katanya.

Ismail berkata, kemerdekaan bukan bermaksud kebebasan tanpa batas, sebaliknya ia mengandungi tanggungjawab untuk menggunakan hak kenegaraan demi menentukan masa depan sendiri dan bukan diserahkan kepada golongan yang memanipulasi demokrasi untuk kepentingan sempit.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Malaysia MADANI bukan milik eksklusif mana-mana pemimpin atau parti, sebaliknya ia adalah kerangka milik rakyat yang wajib dipertahankan dan diteruskan oleh semua generasi.

“Malaysia MADANI ini milik rakyat. Ia bukan milik individu atau kerajaan semasa sahaja. Rakyatlah yang perlu memastikan proses membina negara MADANI ini terus berjalan,” jelas beliau.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa rakyat sebagai pemilik kuasa dalam sistem demokrasi perlu memainkan peranan aktif dalam mengangkat nilai ketamadunan dan kebertanggungjawaban, bukan sekadar menjadi pengikut dalam percaturan politik yang bersifat sempit.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan