KP JKOM seru rakyat hayati semangat perpaduan sebagai penawar isu perkauman

ISU perkauman yang masih menebal dalam masyarakat hari ini memerlukan pendekatan yang berasaskan perpaduan dan kebijaksanaan dalam menguruskan kepelbagaian, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Menurut Ismail, sempena bulan kemerdekaan, seluruh rakyat wajar merenung semula sejarah negara sebagai asas untuk membina masa depan yang lebih inklusif.

Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia harus keluar daripada kepompong pemikiran sempit berasaskan ras, kaum dan perbezaan agama yang sudah ketinggalan zaman, terutama dalam suasana demokrasi terbuka hari ini.

“Dalam konteks Malaysia ini, kita bukan bermula dengan kosong. Kita bermula bagaimana kita menguruskan kepelbagaian itu.

“Kerana itu, perkara yang paling penting sekali perlu diberi perhatian ialah soal hidup bersama dalam kepelbagaian dan kata kuncinya ialah perpaduan.
 
“Sebab itu bagi saya, kalau ada orang yang masih lagi terperangkap dengan kepompong pemikiran ras, kaum dan perbedaan agama, saya fikir mereka ini sudah ketinggalan zamanlah. Memahami suasana di mana demokrasi yang lebih terbuka khususnya dalam konteks komunikasi,” katanya dalam siaran podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Beliau turut menekankan bahawa konsep “Rakyat Disatukan” seperti yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI, harus menjadi asas kepada setiap dasar dan program kerajaan, termasuklah strategi komunikasi nasional.

Tambahnya, keterangkuman atau ‘inclusivity’ merupakan prasyarat penting dalam mengisi erti kemerdekaan yang sebenar. Masyarakat MADANI yang hendak dibangunkan harus mampu menyantuni setiap lapisan rakyat, tanpa mengira kaum dan latar belakang sosioekonomi.

“Yang miskin perlu dibantu, yang mahu membina kehidupan perlu diberikan peluang, dan yang sudah berjaya pula harus menyumbang kembali kepada masyarakat,” jelas beliau.

Mengulas lanjut mengenai konsep Malaysia MADANI, Ismail menyifatkan ia sebagai usaha membina sebuah kehidupan yang lebih baik, berinspirasikan semangat Sahifah Madinah yang dibawa oleh Rasulullah.

“Dalam sejarah, Nabi Muhammad membina Madinah sebagai kota yang mencahayai dunia ‘the enlightened city’. Maka semangat itu diterjemahkan dalam Malaysia MADANI hari ini, iaitu membina din kehidupan yang lebih baik untuk semua,” katanya.

Justeru, ujarnya, konsep yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menekankan prinsip keadilan sosial, keterangkuman, dan perpaduan nasional dalam usaha memperkukuh kerangka dasar negara.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

BN peroleh majoriti mudah, bentuk Kerajaan Negeri Johor – SPR

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi