Eksport semikonduktor, farmaseutikal ke AS kekal tanpa duti

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan bahawa industri semikonduktor dan farmaseutikal tidak terjejas oleh rundingan tarif baru-baru ini, malah eksport ke Amerika Syarikat (AS) masih dikenakan kadar sifar duti.

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa kadar tarif keseluruhan telah menurun daripada 25 peratus kepada 19 peratus susulan rundingan yang berpanjangan antara Malaysia dan AS.

“Malaysia kini mempunyai sebanyak 6,911 garis tarif yang dikenakan kadar sifar duti, mewakili 61 peratus daripada keseluruhan 11,260 garis tarif yang diminta oleh pihak AS,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Jumaat.

Untuk makluman, garis tarif merujuk kepada butiran barangan dalam jadual tarif sesebuah negara, yang digunakan untuk mengklasifikasikan barangan dagangan bagi tujuan pengenaan duti.

Tengku Zafrul menjelaskan bahawa perjanjian tersebut merupakan hasil rundingan mendalam yang melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan pihak berkepentingan, dengan memastikan dasar nasional serta kepentingan strategik negara tidak dikompromi.

“Pendekatan yang sistematik dan berhemah telah digunakan bagi menentukan tawaran akhir kita kepada pihak AS. Malaysia telah mengemukakan tawaran komprehensif yang meliputi 98 peratus daripada semua garis tarif, namun hanya 61 peratus yang dipersetujui untuk diliberalisasikan,” ujar beliau.

Mengulas isu halangan bukan tarif (non-tariff barriers), beliau menegaskan komitmen kerajaan untuk merombak proses birokrasi yang selama ini dilihat sebagai halangan kepada perdagangan dan pelaburan.

“Kita mengakui bahawa sebahagian daripada halangan bukan tarif berpunca daripada ketidakcekapan sistem sedia ada. Namun begitu, ini juga dilihat sebagai peluang untuk kita menambah baik proses yang berkaitan. Apa yang penting, reformasi ini tidak akan menjejaskan standard kawal selia negara,” katanya lagi.

Walaupun Malaysia bersedia memberi konsesi dalam beberapa perkara, Tengku Zafrul menegaskan bahawa kerajaan menolak permintaan AS untuk memansuhkan duti eksais ke atas kenderaan, tembakau dan alkohol.

Kerajaan turut menolak penghapusan keperluan permit import serta enggan melonggarkan had pemilikan ekuiti asing dalam sektor-sektor strategik negara.

“Kita tidak akan menggadaikan kedaulatan ekonomi atau keselamatan negara. Duti eksais, lesen import serta sekatan ekuiti asing akan kekal diteruskan selaras dengan keperluan negara,” tegas beliau.

Menurut Tengku Zafrul, rundingan perdagangan merupakan sebahagian daripada strategi berterusan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap perdagangan global.

“Rundingan seperti ini akan sentiasa berlangsung. Kita mengutamakan keseimbangan antara membuka pasaran dan melindungi industri tempatan,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills