AS kurangkan tarif Malaysia kepada 19 peratus

AMERIKA Syarikat telah mengurangkan kadar tarif ke atas barangan import dari Malaysia kepada 19 peratus berbanding kadar sebelumnya iaitu 25 peratus, menurut satu perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini.

Langkah tersebut berkuat kuasa dalam tempoh tujuh hari dan akan dikenakan terhadap barangan yang memasuki pasaran Amerika Syarikat untuk tujuan penggunaan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian yang diberikan kepada penghantaran yang telah berada dalam perjalanan sebelum tarikh kuat kuasa tersebut.

Perintah eksekutif yang ditandatangani pada 31 Julai 2025 itu merupakan pindaan kepada Perintah Eksekutif 14257, yang memperkenalkan semakan baharu terhadap struktur tarif ad valorem ke atas beberapa rakan dagangan utama, termasuk negara-negara anggota ASEAN.

Berdasarkan senarai tarif terkini, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja masing-masing dikenakan tarif sebanyak 19 peratus. Sementara itu, Vietnam dikenakan kadar tarif sebanyak 20 peratus, manakala Brunei disenaraikan dengan kadar 25 peratus.

Laos dan Myanmar mencatat kadar tarif tertinggi iaitu sebanyak 40 peratus.

Manakala, Singapura tidak termasuk dalam senarai semakan tarif terbaharu ini.

Langkah penyesuaian tarif ini dijangka memberi kesan terhadap corak perdagangan antara Amerika Syarikat dan negara-negara Asia Tenggara, di samping mencerminkan strategi baharu Washington dalam menangani ketidakseimbangan perdagangan serantau.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik