Wakil rakyat Sabah rentas parti politik duduk semeja bincang isu elektrik, air

KOTA KINABALU – Pemimpin Sabah merentasi parti politik menunjukkan kesepakatan apabila bersama-sama menghadiri taklimat khas oleh Sabah Electricity (SE) dan Jabatan Air Negeri Sabah bagi membincangkan isu bekalan elektrik dan air yang menjejaskan ratusan ribu isi rumah di negeri ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin, antara isu utama yang dibangkitkan ialah pengumuman Sabah Electricity mengenai pelaksanaan catuan bekalan elektrik secara bergilir yang bakal menjejaskan kira-kira 600,000 isi rumah di Sabah dan Labuan.

“Catuan itu susulan kerja-kerja penyelenggaraan berkala oleh Petronas di platform gas luar pesisir dan terminal darat yang akan menyebabkan gangguan bekalan tenaga kepada loji janakuasa utama.

“Pelbagai cadangan telah dikemukakan termasuk perbincangan semula dengan pihak Petronas agar jadual penyelenggaraan dapat disusun semula bagi mengurangkan kesan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya, pada Khamis.

Taklimat tersebut dihoskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan turut dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan dan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Tambahnya, Chan berharap isu tersebut dapat dibawa ke mesyuarat kabinet negeri melalui suara dua Timbalan Ketua Menteri yang hadir dalam perbincangan tersebut.

Beliau turut membangkitkan masalah bekalan air yang berpanjangan di sekitar Kota Kinabalu.

Chan berkata, wakil Jabatan Air Sabah memaklumkan bahawa bekalan dari Loji Rawatan Air Baharu Telibong 2 Fasa II telah mula disalurkan ke sistem paip sedia ada sejak 19 Julai lalu.

“Kerja-kerja ‘water balancing’ bagi menstabilkan tekanan air akan dijalankan secara berperingkat bermula 30 Julai. 

“Kawasan seperti Menggatal dan Inanam kini sudah menerima bekalan air secara berterusan, manakala kawasan Sepanggar dan bandar raya Kota Kinabalu menunjukkan pemulihan,” jelas beliau.

Katanya lagi, dua loji rawatan air sedia ada iaitu Kasigui dan Moyog yang sebelum ini menanggung beban berlebihan kini boleh menumpukan bekalan ke kawasan Penampang dan Putatan.

Projek penyambungan paip transmisi dan agihan di Loji Telibong 2 Fasa II juga dijangka siap dalam tahun ini bagi memperkukuh sistem bekalan air secara menyeluruh.

Related Posts

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

SUNGAI PETANI – Semua universiti termasuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) perlu mewujudkan jabatan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keadilan, kesaksamaan dan kemanusiaan perlu diutamakan – PM

SUNGAI PETANI – Perdebatan politik di Johor dan Negeri Sembilan seharusnya tertumpu kepada keadilan dan peluang sama rata, bukan retorik perkauman atau politik perpecahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM