Kerajaan MADANI bersedia perluas SARA

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI bersedia memperluas bilangan premis perniagaan, khususnya di kedai runcit di luar bandar untuk menjual barangan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif itu bagi menggalakkan usaha melebarkan jumlah dan ruang pasaran di bawah program SARA untuk capaian orang ramai.

Menurutnya, bilangan barang yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA juga sudah diperluas kepada lebih 90,000 jenis, berbanding hanya segelintir pada peringkat awal pelaksanaannya.

“Peringkat awal pelaksanaan SARA hanya membabitkan 450 hingga 500 (premis) sahaja dan sejak diperluaskan, peningkatan peniaga dibenarkan menjual barangan dalam skim SARA yang kini meningkat kepada 4,500 premis.

“Kita akan terus membuka skim ini untuk lebih banyak kedai dapat menggunakan skim SARA ini dan mereka hanya perlu mendaftar dengan Yayasan myKASIH dan mengikut ketetapan diberikan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, katanya, premis perniagaan terbabit hanya perlu berdaftar dengan Yayasan myKASIH dan mematuhi ketetapan diberikan.

“Kita juga akan terus tambah baik (pelaksanaan program SARA), selain sedia mendengar cadanganpenambahbaikan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (PN) Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman mengenai kebimbangan peniaga kecil, terutama kedai runcit di luar bandar tak dapat bersaing secara adil susulan pelaksanaan program SARA.

Pada 23 Julai lalu, Anwar mengumumkan beberapa inisiatif utama di bawah Kerajaan MADANI, termasuk pemberian RM100 secara sekali bayar kepada rakyat melalui program SARA, penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya, dan subsidi harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat rakyat tempatan, memandangkan kelayakan penghargaan SARA adalah secara automatik, berdasarkan data semua warga dewasa yang memegang MyKad.

Katanya, data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara akan digunakan bagi tujuan itu, selain menasihatkan orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan atau scammer berhubung pendaftaran program SARA.

“Inisiatif penghargaan SARA membolehkan isi rumah menerima jumlah kredit SARA lebih tinggi. Contohnya, keluarga terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500, bukannya hanya RM100 seisi rumah.

“Melalui pelaksanaan penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion tahun ini, kenaikan 50 peratus berbanding RM10 bilion, pada 2024.

“Penerima boleh terus menggunakan kredit SARA menerusi MyKad masing-masing bagi sebarang transaksi pembelian di kedai runcit berdaftar,” katanya.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar