KOSMA umum pembayaran dividen RM32.5 juta

KUANTAN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila merekodkan keuntungan RM290.79 juta sepanjang tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perolehan keuntungan ini adalah hasil pengurusan koperasi yang cekap dan efisien.

“Daripada jumlah keuntungan RM290.79 juta ini, sebanyak RM132.77 juta adalah keuntungan bersih dicatatkan KOSMA.

“Ini bermakna, KOSMA mempunyai kemampuan membayar dividen saham sebanyak 55 peratus kepada 1,495 ahlinya.

“Jadi, jumlah keseluruhan dividen saham yang akan mula diagihkan kepada ahli KOSMA hari ini ialah RM32.5 juta,” katanya dalam sidang media di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Wan Rosdy memaklumkan, KOSMA akan memperkukuhkan kesejahteraan ahli melalui pelaburan yang mampan.

“Selain dividen diumumkan hari ini, KOSMA juga sudah mengagihkan pembayaran dividen unit ladang pada April lalu, berjumlah RM23.97 juta,” ujarnya.

Wan Rosdy berharap KOSMA akan terus merekodkan perolehan dan keuntungan pada tahun ini.

“Saya rakamkan terima kasih dan tahniah kepada pihak pengurusan KOSMA yang diketuai Pengerusinya, Datuk Zamri Mohamed dan ahli lembaga pengarah yang lain,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan