Pembangkang cipta momentum politik kerana kurang menyerlah di Parlimen –Penganalisis

PENGANJURAN Himpunan Turun Anwar yang digerakkan oleh Perikatan Nasional (PN) dilihat sebagai usaha terancang pembangkang untuk mencipta semula momentum politik mereka yang semakin pudar, kata penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurut Awang Azman, perhimpunan itu menjadi platform alternatif buat pembangkang selepas kurang menyerlah di Dewan Rakyat, khususnya dalam memainkan peranan sebagai semak dan imbang yang berkesan terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Pembangkang di Parlimen kini kurang menyerlah. Maka, mereka perlu cipta momentum supaya dilihat relevan di mata rakyat. Jika tidak, pengaruh mereka akan terus merosot kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membawa banyak kebaikan kepada negara dari segi kestabilan ekonomi, kadar inflasi yang terkawal, peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan peluang pekerjaan,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, meskipun demonstrasi merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi, keberkesanannya tetap bergantung kepada kekuatan hujah, kejelasan hala tuju, dan tawaran dasar yang meyakinkan.

Namun, himpunan yang berlangsung pada Sabtu itu memperlihatkan lebih banyak kelemahan daripada kekuatan.

“Sasaran asal perhimpunan yang diumumkan oleh pemimpin PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, mencecah angka satu juta peserta.

“Namun, kehadiran yang dilihat hanya sekitar puluhan ribu menimbulkan persoalan tentang keupayaan mobilisasi PN dan tahap penyelarasan mereka di lapangan,” katanya.

Awang Azman turut menyifatkan bahawa perhimpunan tersebut gagal meyakinkan rakyat kerana ketiadaan gagasan perubahan yang konkrit serta ketiadaan calon Perdana Menteri alternatif yang jelas daripada pihak penganjur.

“Perhimpunan ini kelihatan kosong dari segi isi dan lebih banyak bermain pada sentimen. Tiada dasar alternatif yang dibentangkan atau idea baharu yang meyakinkan rakyat,” katanya.

Mengulas tentang kemungkinan perhimpunan itu menjejaskan kewibawaan Perdana Menteri, beliau menyatakan bahawa kesannya setakat ini adalah sangat minimum.

Tambahnya, tiada gelombang ketidakstabilan politik yang ketara dalam kalangan parti-parti komponen kerajaan, penjawat awam, mahupun pelabur asing.

“Kesan terhadap kewibawaan Perdana Menteri adalah minimum. Tiada petanda perpecahan atau krisis keyakinan dalam kalangan institusi utama. Namun begitu, kerajaan tetap tidak boleh memandang ringan mesej yang cuba disampaikan kerana ia merupakan cubaan pembangkang untuk membina semula gelombang sokongan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kerajaan agar terus memperkukuh komunikasi dasar-dasar penting dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan yang lebih menyentuh kehidupan rakyat, khususnya berkaitan kos sara hidup dan isu keperluan asas.

Related Posts

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

BENTONG – UMNO Pahang tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 selain terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana parti lain sekiranya ia memberi manfaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

KUANTAN – PKR digesa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penerima bakul makanan daripada Cabang Indera Mahkota telah didaftarkan sebagai ahli parti tanpa pengetahuan mereka. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA