PM seru MP pembangkang aktif dalam sesi PMQT, bukan hanya suarakan di jalanan

AHLI politik pembangkang diingatkan untuk mengambil peluang menyuarakan pandangan dan kritikan di Parlimen, bukan hanya di jalanan seperti himpunan ‘Turun Anwar’ yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kekal konsisten berpegang pada prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara dan mengkritik.

Tegasnya, sebagai Perdana Menteri, beliau sentiasa terbuka untuk berdialog tentang apa sahaja isu berkaitan rakyat yang boleh disalurkan melalui wakil rakyat masing-masing dan kemudiannya dibawa ke Parlimen.

“Kritikan dan perbedaan pandangan tidak seharusnya dilihat dari lensa permusuhan, malah ia harus terus bercambah dan subur mekar menjadi denyut nadi negara bangsa yang matang, progresif dan berdaulat.

“Prinsip yang sama telah kami semangati melalui Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Parlimen di mana Ahli-ahli Parlimen bebas bertanyakan terus apa sahaja soalan, mengangkat bangkangan kepada saya selaku perdana menteri secara terus.

“Mohon kalian terus desak Ahli-ahli Parlimen untuk terus hadir dan aktif mengambil bahagian di semua sesi, terutamanya sesi PMQT,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut polis, kira-kira 18,000 orang menyertai himpunan hari ini, walaupun pihak penganjur, Pemuda PAS, mendakwa ia dihadiri lebih 200,000 orang.

Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas keselamatan dan perubatan serta sukarelawan atas tugas mereka pada himpunan hari ini.

“Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas pasukan keselamatan; dari polis, bomba, pasukan perubatan dan sukarelawan yang bertugas dengan ketangkasan, disiplin dan dedikasi yang tinggi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta memastikan kelancaran acara himpunan yang berlangsung hari ini,” katanya.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

PETALING JAYA –  Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memastikan urusan dengan penggiat industri dilakukan dengan lebih cepat, jelas dan telus. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kuasa yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion